Banyak Spesis Kelulut Memerlukan Pokok Dipterokarpa Untuk Kelastarian Yang Sempurna

Jun 19, 2015
Corong berdamar


Kantung madu dan roti daripada damar


Spesis lebah kelulut dan damar

Ada spesis kelulut perlukan getah damar untuk kelestarian yang sempurna. Getah damar ini diperlukan untuk membuat kantung madu, kantung roti lebah dan struktur penyokong didalam haif.   Tanpa damar pembinaan corong, kantung madu dan kantung roti lebah tidak akan dibina dengan sempurna.  Bila tak ada damar, mereka terpaksa pakai sumber resin getah biasa seperti dari pokok mangga dan manggis.

Kasihanilah mereka. Analoginya begini, dari bina rumah pakai konkrit yang sudah mereka biasa, dipindah kawasan tak ada simen (analogi damar), rumah mereka kena ada juga, terpaksalah bina pakai tanah liat (analogi getah selain damar). Adakah sama kekuatan rumahnya? Kalau pakai konkrit, kita mampu bina rumah setinggi KLCC, kalau pakai tanah liat, mampukah dan kuatkan ia untuk bina rumah setinggi KLCC?

Propolis bersumber damar lebih keras, kukuh, mampu tanggung beban madu yang banyak, ada spesis boleh bina kantung madu sebesar bola pingpong dan ada spesis kantung madunya panjang melonjong ke atas seperti telur ular. Bila buat propolis pakai selain damar, kalau mereka buat pot madu besar juga, agaknya boleh pecah pot madu itu tidak tertanggung beban madu yang banyak.


Spesis kelulut yang memerlukan damar

Spesis yang memerlukan damar ialah semua spesis dalam genus Homotrigona, Odontotrigona, Platytrigona, Tetragonilla serta beberapa genus Tetragonula, Lophotrigona (L. canifrons) dan Lisotrigona (L. carpenteri)



Pokok sumber damar

Jenis-jenis yang mana damar diperoleh ialah pokok-pokok dipterokarpa seperti keruing, meranti, cengal, resak, balau dan lain-lain.


Buah / Bunga Pokok Dipterokarpa
(antaranya ialah keruing, meranti, cengal, resak, balau dll)


Di haif ini tiang penyokong terbentuk dari atas - Ini
petanda kawasan penternakan tidak mempunyai damar yang mencukupi
(walaupun hampir setahun dijaga, kantung madu tidak terbentuk)

Peringatan kepada semua penternak

Kalau ladang ternak anda bukan dalam kawasan hutan dipterokarpa, janganlah bawa spesis begini ke ladang ternak ananda.  Kasihanilah kelulut peliharaan anda.

Catatan

Info ini telah dikongsi oleh Tn. Haji Mnr Haji Mnm dan El Ilmy



Artikel Terkait

Next Article
« Prev Post
Previous Article
Next Post »
Penulisan markup di komentar
  • Untuk menulis huruf bold gunakan <strong></strong> atau <b></b>.
  • Untuk menulis huruf italic gunakan <em></em> atau <i></i>.
  • Untuk menulis huruf underline gunakan <u></u>.
  • Untuk menulis huruf strikethrought gunakan <strike></strike>.
  • Untuk menulis kode HTML gunakan <code></code> atau <pre></pre> atau <pre><code></code></pre>, dan silakan parse kode pada kotak parser di bawah ini.

Disqus
Tambahkan komentar Anda

Tiada ulasan