Haif berbentuk meninggi adalah antara jenis haif yang banyak diusahakan oleh penternak di Indonesia. Haif dibuat kecil (lebih kurang 6"x 6") dan dibahagikan kepada tiga bahagian. Bahagian bawah sekali ditempatkan telur anak (broodcells). Apabila koloni membesar, katung madu dan katung roti lebah akan dibuat pada dinding cara satu lapis. Kotak tengah dan atas akan diasing daripada kotak bawah semasa tuaian madu dibuat. Madu boleh dituai sama ada dengan cara disedut dengan pam atau dengan mengambil kesemua katung madu dan diperas untuk mengasingkan madu dengan kantungnya. Teknik sedutan boleh menyebabkan tuaian seterusnya boleh dibuat dengan lebih cepat kerana kelulut pekerja hanya perlu membaikinya sahaja katung madu yang sedia ada.
Jarak tuaian bagi teknik ini pada kebiasaannya dalam 2-3 bulan bergantung kepada keadaan sumber makanan pada musim2 tersebut.
Terowong Madu Kelulut Heterotrigona itama
Kantung madu terbentuk pada dinding
yang bentuk meninggu
Jenis haif yang banyak diamalkan oleh
penternak Indonesia. Dibahagian bawah sekali
ditempat sel telur
Terima kasih kepada Ozie Sang Lebah Kelana kerana berkongsi gambar-gambar ini.