Beruang madu (Ursus malayanus)


Panjang beruang madu ialah 120-150 cm
Sifat beruang madu
Beruang madu merupakan beruang yang kebanyakannya terdapat di hutan hujan tropika Asia Tenggara; Bangladesh, Myanmar, Thailand, Laos, Kemboja, Vietnam, Selatan China, Semenanjung Malaysia dan kepulauan Sumatra dan Borneo. Ianya agak kecil (120-150 panjang) berbanding jenis beruang lain. Bulu beruang madu adalah pendek dan licin.
Kemusnahan
Beruang ini sangat suka kepada madu dan dapat mengesan punca madu menerusi derianya yang amat kuat. Cakar yang kuat dan panjang membantu haiwan ini untuk memanjat dan memecah batang balak tumbang untuk mendapatkan madunya. Log dan topping dengan mudah dipecahkan dengan menggunakan gigi dan cakarnya.
SERANGAN BULAN MAC 2015
Log & topping dimusnahkan
Serangan beruang madu
Serangan beruang madu
SERANGAN JUN 2015
Kaedah pengawalan
Seelok-eloknya elak menternak kelulut atau lebah madu dikawasan pingir-pingir hutan yang telah dikenalpasti didiami oleh beruang ini. Jika tidak, masalah serangan beruang ini boleh diatasi dengan memasang pagar elektrik disekeliling kawasan ternakan.
Catatan:
Terima kasih kepada TLC Kelulut kerana sudi berkongsi gambar-gambar serangan ini. Mengikut Tn. TLC Kelulut, ladang beliau sudah 4 kali dirosakkan oleh beruang ini.
SEDIKIT INFO BERKENAAN BERUANG &
AKTA PEMULIHARAAN HIDUPAN LIAR 2010 [AKTA 76]