Madu Asli Semut Tak Datang? Ini Buktinya

April 02, 2015

Madu asli lebah tualang yang dituai sebelah
pagi telah mula dikerumui semut pada 
sebelah petangnya

Perbincangan berkenaan dengan madu asli tidak pernah reda dan masih ramai pengguna diluar sana masih mempercayai beberapa kaedah yang digunakan secara tradisional semenjak dahulu adalah mitos sahaja dan tidak tepat.  Tidak semua ujian yang telah lulus ujian tersebut ialah madu asli dan sebaliknya yang tidak lulus ujian tersebut ialah madu tiruan.  Antara mitos-mitos dalam pengujian madu adalah seperti berikut:

1. Kedatangan semut pada madu.
2. Madu tidak beku jika disimpan di dalam peti ais.
3. Pembentukan heksagon apabila madu bercampur air. 
4. Kelikatan madu apabila bercampur dengan air.
5. Menggunakan kertas atau sudu untuk membakar madu. 
6. Mencampurkan madu dengan putih telur.

Kaedah-kaedah ujian ini adalah tidak tepat dan boleh diperdebatkan.  Tambahan pula pada zaman teknologi yang serbah canggih pada masa ini, pembuat madu tiruan dengan mudah mengadungkan dengan bahan lain bagi memastikan madu buatan tersebut lulus ujian mudah diatas.

Pada kali ini saya ingin berkongsi mitos yang mengatakan madu asli tidak dikerumi oleh semut.  Kepercayaan ini adalah tidak benar memandangkan mengikut apa yang dikongsi oleh pemburu-pemburu madu tualang (Tualang Tiga dan Torque Wrench ), madu asli juga dikerumi oleh semut.  Sebagai contoh madu lebah tualang yang baru dituai diwaktu pagi telah mula dikerumi oleh semut pada sebelah petang.  Mengikut saudara Tualang Tiga, madu tersebut dikerumi oleh pelbagai jenis semut seperti semut hitam, semut gula dan lain jika koloni tersebut ada berdekatan.  Bahkan mengikut Tualang Tiga, semut hitam telah mula mengerumi madu yang dituai seawal di lapangan lagi (di hutan) apabila disimpan dibawah pokok sementara menunggu proses pengambilan madu seterusnya dari pokok.

Kepada pengguna madu, walaubagaimana pun ada beberapa tip yang boleh diamalkan semasa membeli madu agar tidak mudah tertipu dengan penjual madu tiruan. Sessungguhnya madu tiruan amat merbahaya kepada kesihatan.  Tip-tip yang boleh amalkan adalah seperti berikut:

1.  Adakah harga yang ditawarkan manasabah
2.  Semak pada label pengeluar madu berkenaan
3.  Buat pemerhatian fizikal & citarasa
4.  Buat ujian mudah sebagai panduan sahaja
5.  Beli dengan pembekal yang boleh dipercayai

Bacaan tambahan berkenaan madu asli / tiruan dan tip bagi pembeli boleh dirujuk disini.


Artikel Terkait

Next Article
« Prev Post
Previous Article
Next Post »
Penulisan markup di komentar
  • Untuk menulis huruf bold gunakan <strong></strong> atau <b></b>.
  • Untuk menulis huruf italic gunakan <em></em> atau <i></i>.
  • Untuk menulis huruf underline gunakan <u></u>.
  • Untuk menulis huruf strikethrought gunakan <strike></strike>.
  • Untuk menulis kode HTML gunakan <code></code> atau <pre></pre> atau <pre><code></code></pre>, dan silakan parse kode pada kotak parser di bawah ini.

Disqus
Tambahkan komentar Anda

1 ulasan

Amat infomatif. Terima kasih tuan.

Balas