Sedar atas keperluan operasi menyelamat lebah diperluaskan lagi, laman Facebook "Penyelamat Lebah" telah diwujudkan pada 3 Februari 2015 bagi tujuan mempromosi usaha ini dengan lebih meluas memandangkan media sosial Facebook sudah menjadi satu medium promosi yang pantas dan mudah pada masa ini. Hasil daripada usaha ini adalah amat memberangsangkan kerana kami sentiasa mendapat maklumbalas daripada orang awam terutama sekali dari ahli Kelab Peminat Lebah Kelulut & Lebah Madu itu sendiri. Walau bagaimana pun ada beberapa kes dimana koloni lebah berkenaan tidak diselamatkan kerana kami diberitahu pada saat akhir sebelum operasi memusnah dijalankan.
Di sini kami akan laporkan kejayaan-kejayaan yang telah dicapai oleh Pasukan Penyelamat ini dari masa kesemasa.
Tarikh
6 Mac 2015,
Situasi Koloni
Apis florea (lebah lalat) yang bersarang di dahan pokok kawasan perumahan di Alor Setar, Kedah.Aktiviti menyelamat
Sarangnya
diturunkan dari pokok dan koloni ini dihalau jauh menggunakan asap kerana
spesis ini tidak boleh dipindahkan menggunakan kaedah memasukkan sarangnya ke
dalam kotak lebah. Spesis ini bersarang di kawasan terbuka.
Bersarang pada pokok dikawasan
perumahan
Aktiviti pemindahan
Madu yang diperoleh