Sebelum ini saya telah membuat satu posting berkenaan dengan kaedah yang boleh digunakan untuk memerangkap koloni kelulut liar yang didadapati banyak berkerumun (swarming) pada masa ini. Ini adalah antara kaedah yang sangat disyorkan oleh kami pada masa ini. Kaedah ini telah berjaya memerangkap koloni liar yang terdapat dihabitat asal dihutan tanpa menebang pokok untuk mendapatkan koloni tersebut. Pengumpulan koloni secara lestari seperti adalah satu usaha yang sangat baik dan harus dicontohi oleh semua. Selain daripada memerangkap koloni liar dari hutan, kaedah juga telah berjaya memindahkan koloni kelulut yang bersarang ditempat yang susah untuk dituai madunya (seperti dalam paip besi, didalam konkrit bangunan) ke kotak kayu buatan.
Pada posting kali ini saya ingin berkongsi dua lagi kejayaan Sdr. Amin RY untuk memindahkan koloni dari tempat sarang asal ke kotak buatan. Teknik yang digunakan ialah sama saja iaitu menyediakan bekas yang bersesuaian (bekas dibalut kemas dengan plastik hitam) dan umpan propolis. Walau bagaimana beliau menggunakan tin biskut.
Kejayaan Memerangkap Kelulut - Menggunakan Tin Biskut (Amin RY / Serawak)
Corong keluar masuk
dibuat pada tudung
Persediaan unti dipindah
kedalam haif buatan
Pandangan dekat koloni
dalam tin
Pandangan dekat koloni
dalam tin
Persediaan untuk membuang
bahagian atas tin
Tin dibuang bahagian atas
Pandangan koloni dalam tin
yang sedia dipindah ke dalam haif