6 Ciri Penting Kotak Topping Berkualiti Menjamin Kejayaan Penternakan Kelulut

April 23, 2015


Kotak topping adalah tempat di mana kelulut diminta membuat kantung madunya.


Di sini saya senaraikan ciri-ciri kotak topping berkualiti bagi menjamin kelestarian penternakan kelulut kita.

1. Kayu bebas bahan kimia

Kayu yang tidak dirawat amat sesuai dijadikan bahan kotak topping. Kebanyakan papan untuk buat rumah adalah kayu yang telah dirawat dengan bahan kimia. Kayu ini akan memberi kesan langsung kepada kelulut.

Hal ini sama juga jika digunakan plywood. Pastikan kayu dibeli terus daripada kilang kayu. Pastikan kayu bersih daripada mana-mana rawatan bahan kimia. Ini kerana kayu yang dirawat mungkin tahan lama tetapi memberi kesan teruk kepada koloni kelulut nanti.

2. Saiz sesuai dengan spesis

Lain spesis kelulut, lain saiznya. Untuk Heterotrigona itama dan Geniotrigona thoracica, para penternak mengesyorkan


  • G. thoracica - 16" x 16" x 8" (ukuran dalam)


  • H. itama - 12" x 12" x 4" (ukuran dalam)


3. Tanggam

Tanggam (rebate joint) adalah sambungan antara dua kayu bagaikan sendi. Kebanyakan penternak membuat kotak tanpa tanggam. Perlu diketahui kayu sifatnya akan meleding. Selepas beberapa bulan didapati koloni kelulut dikatakan menghilang.

Apakah antara sebabnya? Kerana tiada tanggam diletakkan pada kotak topping mahupun kotak haif.

Ini contoh kotak topping bagus bertanggam.
Sumber: KLK
sumber: KLK
Sumber: Abu Hassan Jalil

Sumber: Abu Hassan Jalil

4. Tahan lama

Kita hendak menternak kelulut ini bukanlah dalam masa 6 bulan sahaja seperti pisang goreng. Panas panas seketika. Tak mahu juga seperti hangat hangat tahi ayam.

Kita mahu menternak kelulut lebih daripada itu. Jadi pastikan kayu yang kita guna adalah jenis kayu tahan lama. Jangan guna kayu lembut seperti kayu pokok jelutong.

5. Berchalet

Chalet boleh dengan menggunakan cecair propolis buatan kelulut sendiri. Ini dapat mengurangkan peratus kayu cepat reput.

6. Kering

Kalau kita ambil kayu tidak kering akan tumbuh kulat di dalam sarang. Hal ini akan memberi kesan buruk kepada perkembangan koloni kelulut.

Antara cara mudah adalah dengan menyalai kayu sehingga kering. Mudah sahaja. Sidaikan di atas bara sabut kelapa.


Begitulah antara ciri-ciri kotak topping berkualiti yang akan menggalakkan kelulut membuat kantung madu. Konsep utama adalah memastikan kayu tersebut baunya memberi keselesaan pada koloni kelulut dan selamat.


Artikel Terkait

Next Article
« Prev Post
Previous Article
Next Post »
Penulisan markup di komentar
  • Untuk menulis huruf bold gunakan <strong></strong> atau <b></b>.
  • Untuk menulis huruf italic gunakan <em></em> atau <i></i>.
  • Untuk menulis huruf underline gunakan <u></u>.
  • Untuk menulis huruf strikethrought gunakan <strike></strike>.
  • Untuk menulis kode HTML gunakan <code></code> atau <pre></pre> atau <pre><code></code></pre>, dan silakan parse kode pada kotak parser di bawah ini.

Disqus
Tambahkan komentar Anda

Tiada ulasan