Monyet juga perosak bagi ternakan
kelulut
Walau bagaimana penghijrahan monyet ke kawasan perumahan adalah disebabkan aktiviti manusia juga telah banyak memusnahkan habitat asal mereka (hutan) untuk tujuan pembangunan.
Kerosakkan koloni akibat monyet
Seperti juga manusia, monyet amat suka dengan madu. Monyet akan cuba membuka haif ternakan (sama ada leabh kelulut atau lebah Apis) untuk mendapatkan madu. Aktiviti ini akan menyebabkan banyak haif akan pecah dikopek mereka atau jatuh / tumbang dari tempat dimana haif tersebut diletakkan. Serangan biasanya secara berkumpulan dan ini boleh menyebabkan kerugian kepada penternak.
Pagar elektik boleh menghalang serangan
monyet diladang ternakan kelulut
Kaedah kawalan
Kaedah kawalan agak sukar untuk dipraktikan jika ladang ternakan lebah berkenaan diletakkan dibawah pokok-pokok dan bercantum dengan hutan tempat kediaman binatang ini. Walau bagaimanapun jika pokok-pokok teduhan tersebut berasingan dengan hutan berdekatan (yang menjadi kawasan kediaman), kawalan boleh dibuat dengan menggunakan pagar letrik. Monyet-monyet tidak mendekati lagi kawasan apabila telah terkena kejutan letrik pagar tersebut.
Patung harimau untuk menghalau gangguan monyet
di kawasan kebun (Gambar : Sinar Harian)
Satu laporan ada mengatakan serangan monyet dikawasan kebun telah dihindar oleh seorang petani dengan "memelihara" patung harimau. Patung harimau (saiz sebenar) yang diletekkan dikawasan rumah seorang petani di Pokok Sena Kedah telah berjaya mengatasi gangguan monyet dikawasan kebun beliau.
Terima atas info berkaitan. .
BalasPadamBaru sedang berjinak2 membela lebah kelulut ini..
www.AnugerahHomestay.com