Kaedah Menghalau Koloni Yang Singgah Di Kawasan Kediaman

Februari 05, 2015
Koloni lebah singgah dikawasan perumahan

Sekarang musim kering sudah bermula dan bunga-bunga pokok buah-buahan dan pokok hutan dan pokok hiasan mula mengeluarkan bunga.  Lebah mula bergerak dari satu tempat ke satu tempat lain untuk mencari makanan dan buat sarang di tempat baru yang selamat.

Kadangkala dalam proses perpindahan ini, ianya akan singgah (transit) pada sesuatu tempat dan dan adalah amat menyeramkan jika ianya singgah dikawasan perumbahan, taman-taman rekreasi dan sebagainya.  Pada umum koloni ini tidak mengancau penduduk setempat jika sarang mereka tidak dikacau.  Perkara yang membimbangkan jika sarang mereka dikacau oleh kanak-kanak atau jatuh disebabkan tiupan angin dan sebagainya.

Bagi menjamin keselamatan penduduk saya cadangkan mengikut cadangan berikut.

1.  Sebagai langkah keselamatan, jangan benar kanak-kanak bermain dikawasan berdekakatan atau mengacau sarang lebah ini.

2.  Hubungi Sukarelawan Penyelamat Lebah dan minta bantuan mereka untuk memindahkan lebah ini ke sarang buatan atau menghalau jauh dari tempat persingahan tersebut.

3.  Jika tiada sukarelawan di kawasan yang terdekat, anda boleh hubungi JPAM untuk membantu memindahkan atau menghalau koloni dan perpindah ketempat lain. Mohon pastikan koloni tersebut TIDAK DIBAKAR....

Topi lebah

4.  Sebagai langkah akhir, anda semua boleh sendiri menghalau koloni tersebut dan berbindah ketempat lain.  Bagi menjaga keselamatan, sebaiknya pakai topi lebah dan pakaian yang menutupi seluruh badan.  Kalau ianya dibawah pokok seperti diatas, bakar sampah / rumput / sarang telur dengan memastikan ianya mengeluar asap yang banyak dan terkena pada koloni tersebut.  Lebah tidak suka dengan asap dan akan berpindah dari situ.


...  walau apa pun jaga keselamatan...


Artikel Terkait

Next Article
« Prev Post
Previous Article
Next Post »
Penulisan markup di komentar
  • Untuk menulis huruf bold gunakan <strong></strong> atau <b></b>.
  • Untuk menulis huruf italic gunakan <em></em> atau <i></i>.
  • Untuk menulis huruf underline gunakan <u></u>.
  • Untuk menulis huruf strikethrought gunakan <strike></strike>.
  • Untuk menulis kode HTML gunakan <code></code> atau <pre></pre> atau <pre><code></code></pre>, dan silakan parse kode pada kotak parser di bawah ini.

Disqus
Tambahkan komentar Anda

Tiada ulasan