Di dalam blog ini banyak saya bercerita berkenaan dengan lebah kelulut dan lebah Apis peliharaan iaitu A. melifera. Diluar sana saya rasa tidak ramai yang tahu berkenaan dengan aktiviti pemburu madu lebah liar iaitu A. dorsata. Kali ini kita berpeluang bersama dengan Tn. Rosdi Che Ali seorang pemburu madu lebah liar dari Kuala Krai Kelantan.... Terima kasih kepada Tn. Rosdi Che Ali kerana sudi berkongsi... Berkongsian dibuat secara bergambar.....
Topeng muka bagi mengelakkan dari disengat
ketika berada diatas pokok
Antara peralatan yang diperlukan:
1). Bahan pengasap (yang diperbuat dari sabut / bekas sarang telur)
2). Baldi & tali untuk mengangkut haif madu dari atas ke bawah
3). Ketulan air batu yang digunakan untuk menyejukkan badan pemanjat
4). Paku 6"digunakan untuk membuat tangga
Kelambu keselamatan bagi peserta dibawah untuk
mengambil madu. Sabut kelapa ini dibalut dengan daun
salak bagi memastikan ianya lambat habis kerana
diatas angin sangat kuat
Tugasan ini biasanya dijalankan berpasukan terdiri dari
2 hingga 4 orang. Walau bagaimana hanya satu orang
yang akan menaiki pokok berkenaan dan lain tunggu
dibawah menguruskan hasilan yang dituai dan
juga bahan lain yang diperlukan oleh pemanjat diatas
Persediaan sebelum memanjat :
1) Memakai baju 3 lapis bagi mengelakkan dari
sengatan lebah (kalau disengat pun tidak akan sampai ke kulit)
2) Memakai tali pinggang keselamatan
Pemanjat memerlukan kemahiran dan jati diri yang tinggi
Tangga terlebih dahlu dibuat dengan menggunakan paku 6".
Jumlah sarang pada setiap pokok adalah tidak tentu dan jumlahnya sehingga belasan koloni. Pada kebiasaanya jumlah koloni yang bersarang pada setiap pokok akan bertambah setiap tahun.
Pokok tualang - ketinggian lebih 100 kaki
Di Kelantan, walaupun satu2 pokok tualang itu telah ditemui dahulu oleh seseorang pemburu & tangga telah dibuat olehnya, pokok tersebut masih terbuka pada konsep siapa cepat dia dapat pada tahun2 berikutnya. Satu sarang yang besar boleh menghasilkan madu sehingga lebih 20 kg.
Ketinggian pokok tualang boleh melebihi 100 kaki
atau lebih 10 tingkat bangunan
Boleh saya dapatkan nombor contact Tn. Rosdi Che Ali tak? Utk tujuan research di universiti
BalasPadamBoleh pm Facebook dia.
Padam