Apakah Sebabnya Kadangkala Corong Kelulut Bercabang Dua atau Tiga - Kelab Lebah Kelulut

Apakah Sebabnya Kadangkala Corong Kelulut Bercabang Dua atau Tiga


 Corong H. itama (pendek & bercabang dua)


Corong H. itama (Panjang & bercabang dua)

Boleh dikatakan koloni kelulut bagi semua spesis mempunyai hanya satu corong sahaja.  Salah satu corong akan ditutup jika kita cuba membuat lubang / corong tambahan untuk keluar masuk pekerja.  Kelulut akan mengekalkan hanya satu corong sahaja semata untuk tujuan pengawalan keselamatan koloni.  Lebah pengawal boleh tertumpu kepada satu kawasan jagaan sahaja.  Walau bagaimanapun dalam keadaan tertentu,  kelulut membina sarangnya bercabang.

Saya berpendapat faktor utama yang menyebabkan kelulut membuat corong bercabang adalah seperti berikut:

1.  Meningkatkan aliran trafik keluar masuk lebah pekerja bagi koloni yang aktif dan mempunyai banyak pekerja.

2.  Corong dibuat bercabang mungkin juga dibuat bercabang untuk tujuan pengudaraan dalam haif.

Add your comment