Tetrigona bighami & Hubungannya Dengan Pokok Damar (Dipterokarpa)

Disember 15, 2014
Tetrigona bighami adalah salah satu spesis yang banyak terjumpa di Semenanjung Malaysia.  Kebanyakkannya terjumpa dikawasan hutan.  Ramai penternak yang mengumpul dan cuba menternak dikawasan kampung. Peternakan di kawasan kampung pada kebanyakkannya gagal kerana kantung madu tidak terbentuk. 

Sebagai contoh, ini adalah satu pengalaman yang dilalui oleh seorang penternak. Selepas 9 bulan dipindahkan kedalam kotak, koloni tersebut masih belum mengeluarkan madu.  Apa yang ada didalam haif (selepas 9 bulan) ialah beberapa tiang penyokong bagi pembentukan katung dan tiada kantung madu terbentuk.  Persoalannya mengapa keadaan ini berlaku?
Struktur propolis penyokong



Ini kerana T. binghami ialah sejenis spesis kelulut yang memerlukan damar untuk membuat struktur sarang dan juga kantung madu ataupun kantung roti lebah. Dalam keadaan ketiadaan damar atau jumlah yang tidak mencukupi, kantung madu akan lambat terbentuk.  

Damar hanya diperoleh daripada pokok yang damar.  Pokok-pokok damar ialah spesis dari kumpulan Diptokarpa.   Antara pokok damar yang popular di Malaysia ialah merawan, mersawa, meranti, cengal, balau, resak, selangan batu, kapur, kruin, gerutu, giam, almon, seraya dan kerawang.  


Bunga / buah pokok-pokok kumpulan Diptocarps

Sehubungan dengan itu, jika penternak berhasrat menternak spesis T. binghami atau spesis berdamar (berkaca) lain, penternak seharusnya memastikan kawasan penternakan mempunyai pokok damar diatas.



Artikel Terkait

Next Article
« Prev Post
Previous Article
Next Post »
Penulisan markup di komentar
  • Untuk menulis huruf bold gunakan <strong></strong> atau <b></b>.
  • Untuk menulis huruf italic gunakan <em></em> atau <i></i>.
  • Untuk menulis huruf underline gunakan <u></u>.
  • Untuk menulis huruf strikethrought gunakan <strike></strike>.
  • Untuk menulis kode HTML gunakan <code></code> atau <pre></pre> atau <pre><code></code></pre>, dan silakan parse kode pada kotak parser di bawah ini.

Disqus
Tambahkan komentar Anda

3 ulasan

Saya ada nampak...kelulut sayap putih kat simen di kawasan luar masjid

Balas

Assalamualaikum.Keadaan yang anda telah lihat itu SANGAT JARANG BERLAKU kerana pada KEBIASAANNYA kelulut daripada SPESIES BERDAMAR akan bersarang pada pokok spesies BERDAMAR.

Balas

Assalamualaikum.Keadaan yang anda telah lihat itu SANGAT JARANG BERLAKU kerana pada KEBIASAANNYA kelulut daripada SPESIES BERDAMAR akan bersarang pada pokok spesies BERDAMAR.

Balas