5 Mitos Penternak Kelulut Amatur Perlu Tahu

Disember 15, 2014

Apabila kita mula menceburi bidang penternakan lebah kelulut, pasti ada beberapa perkara yang sering diulang-ulang oleh orang yang menceburinya.

Di sini disenaraikan 5 perkara yang perlu diambil perhatian oleh penternak pemula dan amatur meliponikultur.

Mitos 1: Ternak kelulut cepat dapat duit

Nampak lumayan pengiraan penghasilan madu kelulut dan penjualannya.   Para pengendali kursus yang tak beretika kadang cuba mengaburi mata penternak amatur tentang fakta sebenar.

Ternak kelulut tidak membuatkan kita kaya cepat! Penternakan masih berada dalam ruang lingkup bisnes. Business is a businees!

Mitos 2: Ternak kelulut sangat mudah

Ia tidak semudah yang disangka.  Penternak yang berpengalaman sering mengadu dua hal ini berlaku kepada mereka iaitu ancaman kecurian dan serangan perosak.

Jika awal awal lagi kita sudah hendak menternak 50 koloni, kesannya adalah teruk. Anda mungkin tak ingin menternak kelulut nanti jika berlaku kegagalan seperti koloni lari dan mati akibat serangan perosak.

Mitos 3: Ternak kelulut tak perlukan kepakaran

Ini satu lagi pemikiran yang salah. Apa-apa bisnes pun perlu kita tahu apa selok beloknya. Hatta kita ingin membuka restoran kita perlu tahu masakan yang ingin dimasak termasuk bahan-bahan mentahnya.

Begitu jugalah apabila ingin menternak kelulut.  Anda bernasib baik kerana blog ini telah dikumpulkan maklumat meliponikultur. Sila belek dan baca dengan teliti!

Mitos 4: Ternak kelulut sentiasa dapat madu

Realitinya kelulut tidak menghasilkan madu secara konsisten tiap-tiap minggu. Ini bergantung kepada faktor cuaca setempat, jumlah sumber makanannya dan keadaan keselematan koloni.

Ada penternak yang mengatakan dia mampu menghasilkan 3 kg madu per bulan untuk satu koloni kelulut. Adakah itu fakta atau auta? Yang pastinya purata 3 kg madu sahaja kelulut dapat hasilkan untuk SETAHUN! Diulang. Setahun!

Mitos 5: Kelulut boleh diternak di mana-mana jua

Hal ini benar jika tempat yang ingin kita ternak itu kaya dengan sumber makanan kelulut iaitu bunga. Jika ya pun, kita perlu melihat pula faktor lain seperti keselematan di situ. Seperti yang diketahui, kes kecurian log kelulut meningkat.

Hal ini berlaku apabila ada permintaan daripada pembeli yang tak kisah dari mana log itu diambil. Tidak kira di hutan mahupun yang dicuri!


Kesimpulannya, sebelum menceburi bidang meliponikultur ini, penternak hendaklah berguru dengan orang berpengalaman di dalam indsutri ini. Dalam mencari guru juga perlu berhati-hati.

Ada segelintir penternak di dalam kursus cakap memang kencang. Namun, realitinya di ladang, tidak seperti yang dikatakan.  Hanya pandai auta sahaja demi menipu penternak baharu!

Artikel Terkait

Next Article
« Prev Post
Previous Article
Next Post »
Penulisan markup di komentar
  • Untuk menulis huruf bold gunakan <strong></strong> atau <b></b>.
  • Untuk menulis huruf italic gunakan <em></em> atau <i></i>.
  • Untuk menulis huruf underline gunakan <u></u>.
  • Untuk menulis huruf strikethrought gunakan <strike></strike>.
  • Untuk menulis kode HTML gunakan <code></code> atau <pre></pre> atau <pre><code></code></pre>, dan silakan parse kode pada kotak parser di bawah ini.

Disqus
Tambahkan komentar Anda

Tiada ulasan