Lalat LSH dewasa sedang mengawan
larvae
Nama Saintifik
Hermetia illucens
Nama Inggeris
Black Soldier Flies
Famili
Pengenalan (berkenaan dengan perosak)
Serangga dewasa dan larva yang di
jumpai dalam haif
Kesan serangan perosak kepada
koloni kelulut
Kesan serangan BSF pada koloni
Kerosakkan
Kerosakkan biasa berlaku apabila larva yang menetas mengambil madu, roti lebah dan keseluruhan broodcell dalam proses pembesarannya. Keseluruhan koloni akan terhapus dalam beberapa hari sahaja selepas dijangkiti oleh larva ini. Tiada kerosakkan akan berlaku pada struktur propolis kerana kandungan lilin yang tinggi.
Kaedah Kawalan
Kawalan terbaik ialah dengan menghalang pembiakan lalat ini dikawasan ternakan kelulut. Lalat ini banyak membiak dilonggokan kompos, kawasan ternakan ayam atau haiwan lain. Amalan kebersihan hendaklah dijaga sebaik mungkin semasa pemindahan koloni ke dalam kotak. Pastikan kotak haif & topping tidak terdedah begitu lama untuk mengelakkan lalat ini bertelur didalam koloni. Sebaiknya madu dan roti lebah daripada log tidak dipindahkan ke dalam haif atau topping kerana dikhuatiri sumber pollen boleh tercemar dengan telor serangga ini.