Picagari ini boleh dibeli di kedai farmasi berdekatan dengan tempat anda. Saiz yang disarankan adalah 25 mL.
Di hujung picagari itu boleh disambungkan tiub kecil dalam 5 cm panjang. Ini bagi memudahkan penyedutan dilakukan.
Apabila ingin menyedut, boleh gunakan pencungkil gigi untuk mengoyakkan kantung madu yang tertutup. Pastikan tangan kita bersih semasa melakukan proses penyedutan ini. Kita tak mahu madu kita berlaku sebarang pencemaran.
Apabila lama digunakan, picagari akan menjadi ketat untuk ditarik. Untuk itu perlu disapu dengan minyak masak sebagai pelincir untuk penarik picagari menjadi lancar semula.
Picagari yang digunakan jangan dibasuh dengan air panas tetapi gunakan air sejuk. Ini bagi mengekalkan kualiti getah picagari itu.
![]() |
Madu kelulut G. thoracica |
Ada yang kata ketaq tangan sebelum dapat kumpul 100 ml
BalasPadamBeli pam penyedut lah...
BalasPadamboleh tak madu kelulut ini disimpan didalam peti ais
BalasPadam