Nama botani
Combretum indicum (L) DeFilipps, Quisqualis indica L
Nam Inggeris
Drunken sailor, rangoon creeper, chinese honeysuckle
Famili
Combretaceae
Pengenalan
Akar dani ialah sejenis pokok banyak musim yang tumbuh menjalar dan boleh tumbuh sehingga 8 m panjang dengan memanjat pokok-pokok besar. Bunga berbentuk tiub, warna merah dan berbau wangi. Pokok berbunga sepanjang tahun. Saiz buah 30-35 mm dan rasanya seakan-akan buah badam.
Habitat dan keperluan pertumbuhan
Memerlukan cahaya matahari yang banyak bagi pengeluaran bunga yang maksimum. Sebaiknya sediakan pagola atau persekitaran yang sesuai untuk tumbuhan ini memanjat. Memerlukan kawasan yang subur dan mempunyai sistem saliran yang baik. Banyak ditanam sebagai tanaman hiasan.
Cara pembiakan
Boleh dibiak dengan menggunakan biji atau keratan batang.
Maklumat lain
Disukai oleh H. itama. Anak benih boleh diperoleh dari kebanyakkan nurseri