Pemindahan Koloni ke Dalam Kotak : Penempatan Koloni - Kelab Lebah Kelulut

Pemindahan Koloni ke Dalam Kotak : Penempatan Koloni



Pemilihan kawasan untuk penempatan koloni

Koloni hendaklah ditempat yang bersesuaian bagi memastikan persikataran untuk pembiakan koloni pada tahap maksimum, dengan menitik beratkan faktor cuaca dan serangan musuh perosak. Antara faktor yang perlu diberi perhatian oleh penternak adalah seperti berikut:

1. Kawasan yang mempunyai sumber makanan yang banyak.

2. Kawasan yang mempunyai sumber air, terutama sekali pada masa musim kering

3. Kawasan yang mudah dikendalikan oleh penternak seperti mempunyai infra struktur yang bersesuaian.

4. Kawasa  yang mempunyai teduhan yang mencukupi dan pengedaran udara yang baik.

5. Kawasan yang mempunyai saliran yang baik. Elakkan kawasan yang bertakung air dan lembab.

Kawasan yang sesuai untuk penternakan kelulut

Kelulut adalah tidak membahayakan kepada manusia. Suhubungan dengan ianya boleh diternak dikawasan berkedekatan dengan kawasan yang didiami manusia. Kawasan yang boleh diternak adalah seperti berikut:

1. Berdekatan dengan perkampungan manusia atau taman-taman perumahan. Koloni ini boleh diletakkan di belakang rumah, koridor dan balkoni.

2. Kawasan kebun buah-buahan dan sayuran.

Add your comment