Lawatan ke Ladang Ternakan Kelulut Persatuan Penternak Kelulut Pokok Sena

Oktober 05, 2014
ISNIN 28 September 2014 : Dataran Bunga Sena (Pokok Sena)


Ladang pengeluaran di Dataran Bunga Sena
Saya bersama dengan 9 staf MARDI Bachok, termasuk Pengurus Stesen Pn. Zaharah Ariffin telah berkesempatan untuk datang ke Dataran Bunga Sena di Pokok Sena, Kedah.

Tujuan kami adalah untuk mendapat maklumat berkenaan dengan aktiviti penternakan  kelulut oleh Persatuan Peniaga Pokok Sena yang dikendalikan oleh Encik Ramli. Tempat ini ialah lebih kurang 27 km dari Alor Star ke arah Kuala Nerang.

Ahli rombongan telah diberi penerangan oleh En. Ramli Rahman berkenaan aktiviti dan kaedah operasi persatuan. Mengikut saudara Ramli, tujuan utama persatuan ini ditubuhkan ialah untuk menggabungkan semua penternak di sekitar Pekan Pokok Sena agar semua aktiviti penternakan seperti kaedah penternakan, pengeluaran dan pemasaran dapat di selaraskan. Semua ahli penternak yang bergabung dalam persatuan ini dikehendaki mengikuti Standard Operation Procedure (SOP) pengeluaran yang sama terutama dari aspek jenis haif (termasuk jenis kayu) dan amalan pengurusan dan penuaian.

Perkara yang terpenting menurut beliau ialah perkara yang berkaitan dengan kualiti madu yang dihasilkan.  Kualiti madu akan dipantau secara berterusan bagi memastikan madu yang dihasilkan ialah madu asli tanpa pencampuran dengan bahan lain sama ada secara sengaja atau tidak.


Antara produk pengeluaran persatuan
Rombongan kami juga telah diberi penerangan berkenaan teknik pemprosesan bahan mentah seperti madu, roti lebah, propolis dan penghasilan produk sabun berasaskan propolis lebah kelulut.


Artikel Terkait

Next Article
« Prev Post
Previous Article
Next Post »
Penulisan markup di komentar
  • Untuk menulis huruf bold gunakan <strong></strong> atau <b></b>.
  • Untuk menulis huruf italic gunakan <em></em> atau <i></i>.
  • Untuk menulis huruf underline gunakan <u></u>.
  • Untuk menulis huruf strikethrought gunakan <strike></strike>.
  • Untuk menulis kode HTML gunakan <code></code> atau <pre></pre> atau <pre><code></code></pre>, dan silakan parse kode pada kotak parser di bawah ini.

Disqus
Tambahkan komentar Anda

Tiada ulasan