Nama Inggeris
House lizard, House geckho
Pengenalan
Kerosakkan
Kesan kerosakkan tidaklah sebegitu serius kerana ianya menyerang secara individu (tidak serangan secara berkumpulan seperti semut). Disamping itu serangan itu adalah kurang membahayakan kerana serangannya pada kelulut dewasa dan bukan pada koloni atau kokun telur. Pada kebiasaannya cicak akan berleagar dikawasan corong untuk menangkap kelulut yang hinggap semasa hendak keluar atau masuk corong atau lebah penjantan yang hinggap di kawasan haif.
Kawasan perlindungan pada kebiasaanya ialah dibawah penutup topping atau haif koloni. Cicak juga menunggu di lampu yang dispasang pada waktu malam. Walaupun kelulut tidak keluar sarang pada waktu malam (bukan seperti kebanyakkan serangga lain), tapi ia keluar pada awal pagi dan mengerumi lampu jika ianya tidak ditutup pada masa itu. Walaupun ianya boleh diklasifikasi sebagai perosak yang tidak merbahaya, ianya boleh memberi kesan terhadap kelastarian jika perosak cicak ini tidak dikawal.
Kawasan perlindungan pada kebiasaanya ialah dibawah penutup topping atau haif koloni. Cicak juga menunggu di lampu yang dispasang pada waktu malam. Walaupun kelulut tidak keluar sarang pada waktu malam (bukan seperti kebanyakkan serangga lain), tapi ia keluar pada awal pagi dan mengerumi lampu jika ianya tidak ditutup pada masa itu. Walaupun ianya boleh diklasifikasi sebagai perosak yang tidak merbahaya, ianya boleh memberi kesan terhadap kelastarian jika perosak cicak ini tidak dikawal.
![]() |
Corong penghalang cicak (Sumber gambar : http://bit.ly/CorongCicak) |
Cara kawalan
Berapa kaedah boleh dilakukan bagi bagi mengurangkan pemangsa cicak. Sebahagian daripada kaedah ini telah diamal dengan berkesan oleh penternak. Antara kaedah yang disyorkan adalah seperti berikut:1. Penghalang Cicak
Buat pengalang supaya cicak tidak mudah mendekati corong koloni. Penternak boleh menggunakan tempurung kelapa atau cawan plastik seperti didalam gambar. Teknik ini banyak diamalkan oleh penternak di Amerika Latin.![]() |
Cicak yang telah terkena gam pelekat |
2. Guna gam perangkap lalat
Apa yang perlu dibuat ialah letak beberapa biji nasi (atau umpan lain yang bersesuaian) dibahagian tengah kepingan gam tersebut. Letakkan kepingan gam diatas topping atau haif koloni. Cicak akan melekat pada kepingan gam tadi apabila cuba mendekati umpan yang diletakkan. Cicak sangat mudah melekat pada kepingan gam ini kerana tapak kakinya mempunyai bulu yang halus dan lembut. Cicak yang telah terkena perangkap hendaklah dihapus segera untuk menjimatkan pelekat tersebut. Gam ini tidak menjadi masalah kepada kelulut walaupun dihinggapinya.3. Racun Cicak
Menggunakan racun cicak (cair dan pekat) yang mudah diperoleh di pasar-pasar malam atau pasar minggu. Lumurkan cecair racun cicak di atas plastik keras dan letak diatas topping / haif (dibawah bumbung jika ada dibuat).4. Menutup lampu di awal pagi
Cicak akan keluar sarang untuk mencari makanan seawal waktu subuh walau pun pada malam hari semua akan berada dalam sarang. Dengan itu, penternak pastikan semua lampu di kawasan ternakan di tutup pada awal pagi agar kelulut tidak mengerumi cahaya lampu tersebut. Cicak akan sentiasa menunggu dikawasan cahaya lampu tersebut.Selain daripada cara tersebut, penternak boleh juga membunuh cicak secara fizikal (dengan menggunakan penebah lalat) secara berterusan sehingga cicak akan merasai tidak lagi selamat berada di kawasan topping atau haif.