Di Brazil, penggunaan botol plastik untuk mengumpan koloni liar lebih banyak digunakan. Ini kerana kos penghasilan kayu adalah mahal.
Asasnya, botol itu mestilah gelap di dalamnya dan disapu dengan propolis cair di dalamnya sebagai penarik bau untuk lebah kelulut datang. Propolis cair boleh dibuat dengan mencampurkan propolis dari koloni kelulut dengan alkohol (bukan arak tetapi alkohol makmal seperti etanol).
Kemudian gantung sekitar tempat yang didapati ada lebah kelulut datang. Selalunya di kawasan-kawasan berdekatan hutan atau yang kaya dengan pokok berbunga atau dusun buahan. Ia menjadi perangkap menangkap kelulut liar.
Tangkap tentera shj...bgmna ratu dpt perangkap ker?
BalasPadamBiasanya pekerja akan mengajak ratu muda (boleh terbang) untuk pindah sama...
BalasPadamTuan slalunya brapa lama lebah kelulut akan msuk dlm botol perangkp yg kita sediakn..
BalasPadamTak tentu... dari beberapa minggu hingga beberapa bulan
BalasPadamSalam tuan, saya ada buat pengalihan sarang kelulut pada waktu siang dalam jarak yang dekat sahaja, apabila pengalihan telah dibuat, saya mendapati kelulut yang berada diluar berkumpul dan mewujudkan sarang yang baru. Saya perhatikan dalam tempoh 4 hari kelulut masih kekal dengan sarang barunya. Soalan saya, bolehkah koloni disarang baru bertahan kerana saya rasakan tiada ratu dalam sarang baru tersebut? Perlukah saya mengalihkan semula sarang lama dan diletakkan bersebelahan dengan sarang baru?
BalasPadamBoleh jawab soalan saudara apis? Saya pun nak tahu jawabannya..
PadamKalau tak ada ratu, memang tidak akan bertahan kerana tiada telur baru. Berdoa agar ada bakal ratu yang sedang mencari sarang akan singgah disitu apabila sudah ada sekumpukan lebah pekerja ada disitu
PadamSehingga hari ini, masih ada kelulut keluar masuk di sarang baru. Kadang-kadang aktif, kadang-kadang tidak aktif (mungkin balik ke sarang asal). Tapi saya perhatikan dalam sarang baru, masih belum ada telur (mungkin belum ada ratu).
PadamAmbil sedikit telur bersama telur ratu dari sarang lain (spesis yg sama) dan letakkan ke dalam sarang yg belum ada ratu
PadamBgmana sukatan buat propolis cair?
BalasPadamTidak ada sukatan yg khusus... saya sudah cuba cecair propolis yg pekat dan cecair propolis yg cair... semuanya boleh
PadamSalam. Lebah kelulut bergaduh dan mati. Kenapa dan bagaimana utk menghindarnya.
BalasPadamTuan, bagaimana saya boleh memperolihi cecair propolis
BalasPadamCecair propolis dibuat sendiri... dapatkan propolis dari sarang dan cairkannya menggunakan etanol... etanol boleh dapat di farmasi.. cecair untuk bersihkan luka biasanya dibuat dari etanol (alkohol)
PadamAssalam
PadamAsalam dan selamat sejahtera semuanya..bolehka saya gunakan propolis jenis kelulut kecil untuk memerangkap kelulut besar seperti itama supaya masuk bersarang dalam kotak saya
BalasPadamWasalam.Anda boleh menggunakan propolis daripada mana-mana spesies kelulut untuk menangkap kelulut tersebut.Namun,untuk menangkap kelulut JENIS KRISTAL,propolis berdamar WAJIB DIGUNAKAN.
PadamBolehkah propolis dicairkan dengan alkohol lain seperti methanol?
BalasPadamCecair methanol dikatakan MEMPUNYAI RACUN.Oleh itu,saya mencadangkan agar tuan TIDAK MENGGUNAKAN cecair methanol untuk membuat larutan perangkap itu!
PadamMaaf.. Nk tnya, boleh tk klau kita tukarkn ethanol dengan minyak zaitun?
BalasPadamAssalamualaikum.pertanyaan adakah Boleh menggunakan propolis thoracica untuk memerangkap Itama? Saya lihat propolis thoracica lebih berdamar atau keras berbanding Itama. Terima kasih
BalasPadamSpirity boleh guna mencairkan propolis tak tuan
BalasPadam