Pam sedut madu kelulut ini digunakan untuk sesiapa yang mempunyai koloni lebah kelulut di antara 5-25 koloni.
Saya takrifkan penternakan kelulut berskala sederhana apabila mempunyai bilangan koloni kurang daripada 100 sarang. Pada kebiasaannya ternakan dikendalikan oleh penternak sendiri bersama ahli keluarga di kawasan rumah atau di kawasan sekitar. Mereka tidak perlu mengupah orang untuk mengendalikan ternakan meraka.
Pada kebiasaannya, kadar tuaian madu adalah dalam linkungan 4-6 koloni sehari. Manakala pusingan ulangan tuaian ialah setiap 3 hingga 4 minggu sekali. Pada kadar tuaian seperti ini pada pandangan saya, pam yang berkeupayaan sederhana sudah memadai.
Penternak mempunyai beberapa pilihan bagi pam berkapasiti sederhana ini. Antaranya ialah pam yang diubah suai dari pam akuarium, pam bahan api kereta (fuel pump) dan pam susu (breast pump).
Pam susu diterangkan di post ini kerana ia mudah dicari dan dikendalikan.
Peralatan yang diperlukan
1. Pam susu berjenama Pureen (boleh beli di Tesco)
2. Botol susu
3. Penutup getah / rubber stopper / saiz diameter 25mm
4. Penyepit / chopstick jenis keluli tahan karat
5. Tiub plastik dengan diameter 6-7mm (beli di kedai akuarium)
6. Bateri dan pengecaj bateri
Botol susu boleh ditukar dengan botol yang lebih besar kerana botol yang diberi bersama dengan pam adalah sangat kecil.
Cara Memasang
Penggunaan
Penggunaan sumber letrik
Anggaran Kos
Ucapan ribuan terima kasih kepada Tn. Syed Amran Alqadree Jamalullai, Tn. Kang Jack Mui dan Haslin MH yang telah berkongsi info ini.