![]() |
Koloni yang aktif biasanya mempunyai pekerja yang banyak dan mengawal di corong |
Kepada penternak, koloni seperti ini boleh memberikan sedikit masalah semasa penuaian. Jika tanpa persediaan yang betul, kumpulan pekerja akan menyerang penternak dengan mengurumun dan mengigit telinga, hidung, mata dan bahagian yang lembut dimuka. Ini akan menyebabkan penternak tidak akan berupaya untuk bertahan ketika membuat penuaian hasil yang kadangkala mengambil masa puluhan minit.
Lima langkah bagi mengatasi masalah tersebut adalah adalah seperti berikut:
Langkah 1 - Buka plastik
Buka plastik penutup haif / topping dan buat sedikit kacauan kepada koloni tersebur dengan mengetuk dinding kotak topping / haif. Ini akan menyebab kelulut pekerja keluar dari haif / kotak dan cuba menyerang penceroboh. Tinggalkan koloni tersebut buat beberapa minit.Langkah 2 - Pindah koloni ke tempat lain
Pada masa itu cepat-cepat alihkan topping bersama log koloni ketempat lain pada jarak lebih kurang 3-4 m. Sebaiknya tempat itu adalah teduh dan tidak berdekatan demgan koloni lain. Kereta sorong yang biasa yang digunakan untuk mengangkat gas boleh digunakan.
Bagi log yang besar dan tidak mudah diangkat, kita boleh angkat topping sahaja. Kaedah ini hendaklah dibuat dengan cermat agar perosak seperti semut tidak mencuri peluang memasuki haif kerana haif tersebut adalah terdedah pada masa itu. Pastikan topping diletak balik dengan kemas ditempat asal dan semua lobang yang mungkin terbentuk di tutup kemas selepas tuaian madu dibuat.
![]() |
Kotak yang diletak ditempat asal selepas kotak koloni dipindah ke tempat lain |
Ambil satu kotak kosong yang mempunyai lobang corong dan letakkan ditempat koloni asal. Koloni kelulut ini akan balik ke tempat asal dan mengerumi kotak kosong tadi.
Langkah 4 - Lakukan tuaian madu
Buat tuaian madu dengan selesa tanpa gangguan pekerja.Langkah 5 - Letakkan kembali koloni di tempat asal
Selepas penuaian dibuat, letakkan balik log tersebut ketempat asal dengan arah corong adalah sama seperti asal. Pekerja yang berterbangan akan terus memasukki kotak haif atau topping dan membaiki sarangnya semula dalam beberapa minit sahaja.
Selaian daripada cara tersebut, panduan umum yang harus diikuti bagi memudahkan proses menuai madu agar ganguan koloni boleh dikurangkan adalah seperti berikut:
1. Tutup kepala (rambut) agar kelulut tidak tersangkut pada rambut dan mati apabila penternak ingin membersihkannya.
2. Tutup mata & telinga. Mata dan telinga adalah kawasan utama yang diserang oleh kelulut kerana tahu ini adalah antara kawasan tubuh badan yang agak sensitif
3. Basah kepala dan tangan bagi memastikan kelulut tidak melekat apabila dihinggapi.
4. Pakai pakaian yang berwarna putih kerana kelulut tidak suka warna puteh.
APA-APA PUN YANG TERBAIK IALAH PAKAI PAKAIAN YANG LENGKAP UNTUK TUJUAN TERSEBUT - OVERALL PUTEH BERSAMA TOPI LEBAH DAN SARUNG TANGAN
tqvm segala info saya manfaatkan. allah saja membalasnya
BalasPadam