Pada masa ini ada
beberapa bentuk broodcells digunakan oleh penternak di Malaysia. Jenis-jenis tersebut adalah seperti berikut:
1.
Kotak yang bersaiz besar dan tinggi dimana broodcells,
beebread dan madu terbentuk pada kotak yang sama. Kotak jenis dibuat pelbagai saiz bergantung
saiz koloni. Broodcells selalunya
terbentuk dikawasan berdekatan dengan corong (tempat asal diletakkan). Kantung madu dan kantung beebread terbentuk
didinding dan lantai kotak. Saiz yang
biasa dibuat oleh penternak ialah seperti berikut:
·
Untuk H. itama – 12” x 12” x 8” (ukuran dalam)
·
Untuk G. thoracica – 24” x 24” x 12” (ukuran dalam)
2.
Kotak yang dibina kecil dan tinggi dimana broodcells
diletakkan. Madu dituai pada topping
yang dipasang diatas kotak haif tersebut.
Saiz kotak broodcell yang disyorkan bagi jenis ini ialah seperti
berikut:
·
Saiz kotak broodcells
(kotak telur anak) untuk H. itama -
6" x 6" x 6" (ukuran dalam)
3.
Kotak yang dibina kecil dengan ketinggian dua atau tiga
kali ganda. Bagi kotak jenis ini, broodcells akan terbentuk dibawah dan
bergerak ke atas dengan pembiakan koloni berkenaan. Kantung beebread dan kantung madu akan
terbina dibahagian atas. Teknik ini
selalu dibina bertingkat dan tingkat ditambah selari dengan pembesaran koloni
tersebut. Saiz yang biasa dibina ialah 5” x 5” dan 36” (ukuran dalam).
4.
Akhir-akhir ini ada juga
penternak yang membuat kotak broodcells dengan menggunakan log kayu yang
ditebuk. Log jenis ini memang baik
kerana tebal dan padat dan tiada penyambungan yang boleh menyebabkan
terbentuknya lubang. Ukuran dalam yang
disyorkan adalah sama dengan ukuran yang disyorkan untuk kotak broodcells
kotak.
5.
Jika papan yang digunakan
untuk membuat kotak haif ada baiknya jika ianya dibuat dua lapis seperti yang
disyorkan MARDI. Ukuran dalam yang
disyorkan juga sama dengan kotak-kotak rekabentuk lain.