Struktur binaan dalam sarang
Setiap sarang akan mempunyai tempat menyimpan madu, roti
lebah, tempat bertelur, struktur penyambung binaan dan lapisan nipis propolis
di tempat-tempat tertentu. Jika ronga
terlalu besar, ia dihadkan dengan lapisan bitumen yang keras. Bitumen dibina
dari campuran cerumen, propolis, lumpur, serat tumbuhan dan kotoran
haiwan. Fungsi-fungsi struktur ini
adalah seperti berikut:
· Kokun – Kokun ialah
struktur yang diperbuat dari propolis dan lilin, berbentuk silinder dan
digunakan untuk meletakkan telur, larva dan pupa.
· Katung madu – Berbentuk tempayan, diperbuat daripada propolis
dan lilin. Pada kebiasaannya katung madu
diatur bahagian atas kokun. Fungsinya ialah sebagai tempat pengumpulan madu.
· Katung roti lebah – Berbentuk tempayan,
diperbuat daripada propolis dan lilin.
Pada kebiasaannya katung madu diatur bahagian atas kokun. Fungsinya
ialah sebagai tempat pengumpulan roti lebah.
· Involucrum – Involucrum ialah lapisan propolis yang nipis
mengelilingi kokun. Involucrum ini
terbentuk pada umumnya dikeliling kokun anak bagi tujuan untuk mengawal dari
serangan perosak atau mengstabilkan keadaan suhu dikawasan kokun.
· Tiang penyokong – Tiang penyokong ini
terbentuk diantara lapisan kokun. Ianya
diperbuat daripada propolis dan lilin. Fungsi tiang penyokong ialah untuk
memisah satu lapisan kokun dengan yang lain.
· Struktur penyambung – Rangkain struktur yang
menghubung rangkaian kantung madu, kantung roti lebah dan lain.
Struktur binaan luar sarang
Pada keadaan biasa hanya satu lubang / corong sahaja
dibina sebagai pintu keluar masuk kedalam sarang. Ini bagi memastikan kawalan keselamatan
boleh dijalan lebih baik oleh pengawal-pengawal koloni. Bahan yang digunakan untuk pembinaan corong
luar ialah propolis, lilin, pasir, resin, tanah dan serap tumbuhan. Seni binaan corong adalah pelbagai bergatung
kepada spesis, persekitaran setempat dan tahap kesihatan koloni. Seni bina corong ini biasa digunakan
pengecaman spesis lebah kelulut.