Sarang Kelulut Di Mana-Mana Sahaja

September 15, 2014

Sarang adalah tempat dimana koloni tertumpu dan dalamnya terdapat ratu, pekerja, lebah jantan sel anak, kantung madu dan kantung makanan (roti lebah).  Struktur reka bentuk sarang adalah berbeza mengikut spesis.  Struktur binaannya adalah agak unik dan mampu menyesuaikan mengikut keadaan persekitaran yang melampau seperti suhu dan kelembapan.  Sarang lebah kelulut hidup dalam paip besi yang suhunya boleh melebihi 45oC pada musim panas atau didalam tanah yang biasa ditengelami air.
Sarang kelulut dimana-mana sahaja
Lebah kelulut ialah sejenis serangga sosial yang mudah menyesuaikan diri dengan keadaan sekitar. Sarangnya boleh didapati dimana sahaja yang beronga.  Dalam keadaan tertentu ada juga yang berupaya membuat sarang hanya dengan menggunakan bitumennya sahaja tanpa bahan fizikal lain dibahagian luar.  Walau bagaimanapun lebih 95% adalah terdapat di batang kayu sama ada yang sudah mati atau batang hidup yang mempunyai ronga didalamnya.  Sarang kelulut ada terdapat pada puluhan kaki di atas pokok atau di dalam tanah. 
Antara tempat-tempat yang biasa dijumpai adalah seperti berikut:
1.         Rongga dalam batang atau dahan pokok sama ada yang masih hidup atau sudah mati.
2.         Rongga yang terdapat pada struktur bangunan seperti batu bata dan simen konkrit.
3.         Dalam sarang peninggalan anai-anai atau semut.
4.         Dalam batang paip (sama ada besi, simen atau PVC).
5.         Dalam buah kelapa kering.
6.         Bekas lain yang ditinggal lama seperti tong plastik, kotak-kotak dll
Rujuk link disini:
https://www.facebook.com/media/set/?set=oa.239099986299895&type=1

Artikel Terkait

Next Article
« Prev Post
Previous Article
Next Post »
Penulisan markup di komentar
  • Untuk menulis huruf bold gunakan <strong></strong> atau <b></b>.
  • Untuk menulis huruf italic gunakan <em></em> atau <i></i>.
  • Untuk menulis huruf underline gunakan <u></u>.
  • Untuk menulis huruf strikethrought gunakan <strike></strike>.
  • Untuk menulis kode HTML gunakan <code></code> atau <pre></pre> atau <pre><code></code></pre>, dan silakan parse kode pada kotak parser di bawah ini.

Disqus
Tambahkan komentar Anda

Tiada ulasan