Nama botani
Biden pilosa
Nama Inggeris
Beggar's tick, beggar-ticks, hairy beggar-tick
Nama Lain
Famili
Asteraceae
Pengenalan
Biden pilosa ialah sejenis tumbuhan herba semusim yang pertumbuhanya agak agresif. Ianya boleh tumbuh sehingga 1.5 m tinggi dan berbunga sepanjang tahun. Bunga berwarna puteh yang terbit pada pengujung ranting.
Habitat & Keperluan Pertumbuhan
Tumbuhan ini boleh hidup dipelbagai jenis tanah dan boleh membiak sehingga boleh dianggap rumpai bagi setengah kawasan. Ianya agak lasak dan tumbuh dengan baik dikawasan tanah terbiar. Biden juga ditanam sebagai tanaman perhiasan kerana bunga & sifat pertumbuhannya yang agak cantik. Pokok matang mempunyai lebar kanopi adalah adalah dalam lingkungan 1.5 m. Jarak tanaman yang disyorkan ialah 0.5 m X 0.5 m. Biji benih hendaklah terlebih dahulu disemai. Anak benih sedia untuk ditanam selepas dua minggu. Pokok akan mula mengeluarkan bunga selepas 4-6 minggu bergantung kepada kesuburan tananam.
Cara Pembiakan
Biji benih
Maklumat lain
Sangat disukai oleh H. itama dan G. thoracica
RUJUKAN PERBINCANGAN DI GRUP FB : http://bit.ly/biden-pilosa-FB
RUJUKAN PERBINCANGAN DI GRUP FB : http://bit.ly/biden-pilosa-FB
Assalamualaikum, saya nak tanya, mana nak dapat benih pokok biden ni?? Ada kat nursery ke?
BalasPadam