'
Semut Liar (Sumber web - http://bit.ly/Anoplolepis-gracilipes-Image)
Nama Saintifik
Anoplolepis gracilipesNama Inggeris
Yellow crazy ants,
Nama Lain
Semut geramang, Semut Liar Merah
Pengenalan
Semut ini berwarna merah dengan ukuran panjang badan lebih kurang 2 mm. Ianya lebih kecil berbanding dengan kerengga yang banyak pada pokok-pokok buah-buahan. Semut ini dipanggil semut liar kerana pergerakannya agak pantas dan tidak menentu. Semut ini mempunyai sesungut dan kaki yang agak (hampir dua kali ganda panjang badannya). Koloni semut ini biasanya mendiami kawasan yang lembab seperti diantara lipatan kain dan kertas lama yang lembab. Semut ini juga banyak mendiami rongga-rongga yang lembab didalam batang-batang kayu dan kadangkala pada log kayu yang sama dengan koloni kelulut. Apabila diancam, serangga ini akan mengeluarkan sejenis cairan lekik yang boleh membuatkan kulit rasa pedih. Dalam keadaan cuaca panas, cairan ini akan mudah menjadi keras dan boleh menyebabkan semut boleh terlekat dan mati. Sehubungan dengan itu, semut lebih suka kawasan yang lembab dan teduh.
![]() |
Semut Liar memakan madu (Gambar : Haslin MH) |
Kerosakkan
Bila berpeluang semut ini akan masuk ke sarang sama ada menerusi rekahan yang ada pada kotak haif atau topping. Koloni semut ini akan memakan semua ahli ahli koloni kelulut termasuk dan juga telur-telur yang ada didalam haif tersebut. Koloni kelulut tidak upaya untuk bertahan kerana serangan semut adalah secara berkumpulan dan kesemua koloni kelulut dapat dihapuskan dalam masa beberapa jam sahaja. Kelulut yang tidak sempat dimakan oleh semut ini akan meninggalkan sarang. Selain memakan anak dan koloni, semut ini juga memakan madu dari koloni tersebut.
Apa yang tertinggal didalam kotak haif ialah rangkaian struktur propolis tanpa sel anak dan pekerja.
Cara Kawalan
Sebagai langkah pencegahan, perkara yang perlu diberi perhatian ialah dengan memastikan semut ini tidak dapat masuk ke kotak haif menerusi rekahan atau lubang yang terbentuk hasil dari pembuatan kotak haif atau topping yang tidak kemas. Jika ada, rekahan tersebut hendaklah ditutup dengan menggunakan propolis ataupun simen puteh yang biasa digunakan untuk menutup rekahan didinding konkrit. Disamping memastikan tiada kelemahan pada kotak haif, amalan kebersihan kawasan penternakan juga penting. Bersihkan kawasan penternakan dari lipatan kertas, kain dan juga daun kayu yang boleh menyebabkan keadaan dibawahnya lembab. Kotak haif atau topping hendaklah sentiasa dibersihkan dari tumpahan madu selepas tuaian madu agar semut ini tidak akan mendekati haif kelulut peliharaan.
Pemerhatian yangg rapi juga diberi semasa memotong kayu untuk diletakkan topping. Adakala koloni semut ini memang sedia ada pada log yang sama dengan kelulut. Pada keadaan asal semut ini tidak dapat mengacau koloni kelulut kerana tiada rongga / lubang yang terbuka. Jika tidak berhati-hati, keratan log telah menyebabkan ada ruang yang terbuka yang boleh menyebabkan koloni semut masuk sebelum kelulut dapat menutupnya dengan sempurna.
Maklumat lain
Serangan semut ini biasa terdapat pada koloni H. itama
Rujukan
Rujukan Perbincangan di grup KPLK&LM : http://bit.ly/FB-SemutLiar
Rujukan Wikea : http://en.wikipedia.org/wiki/Yellow_crazy_ant