Kotak berkulat adalah antara masalah yang biasa dihadapi oleh penternak
lebah kelulut. Kehadiran kulat pada
kotak broodcell ataupun kotak madu boleh merencatkan keharmonian koloni
kelulut.
Lebah pekerja akan memberi tumpuan lebih kepada aktiviti membersihkan haif dan kurang tumpuan kepada aktiviti membuat sarang, sel telur dan pengumpulan debunga dan madu.

Punca
Daripada pemerhatian saya ini, antara faktor utama yang menyebabkan keadaan tersebut adalah seperti berikut:
1.
Penggunaan
kayu yang tidak betul2 kering untuk membuat kotak haif.
2.
Kotak
haif yang terlebih besar berbanding dengan koloni kelulut berkenaan.
3.
Kotak
yang dibuat terlampau nipis dan memboleh air hujan / boleh meresap kedalamnya.
4.
Kotak
yang dibuat tidak padat udara dan boleh menyebabkan hujan / embun dapat
meresapi masuk.
5.
Meletakkan
haif di kawasan yang terdedah dengan hujan atau dalam kawasan yang sentiasa
lembab.
Penyelesaian
Bagi mengatasi masalah tersebut, penternak pada peringkat awal lagi
seharusnya membuat kotak dengan saiz bersesuaian dengan koloni kelulut yang
diternak.
Kayu yang digunakan hendaklah tebal (melebihi 1 inci) dan daripada kayu jenis keras (kumpulan dipterokarpa). Elakkan daripada menggunakan kayu jenis lembut (softwood).
Kotak juga hendaklah ditutup padat dan semua ruang yang ada harus ditutup dengan propolis secara manual sebelum dijadikan kotak topping.
Kotak haif berkenaan juga hendaklah di letak di kawasan yang teduh atau membuat atap bagi setiap kotak haif berkenaan.
Cat kalis air berasaskan air boleh juga digunakan di bahagian luar kotak haif bagi menutupi lubang-lubang kecil pada kotak haif.

Bagi mengatasi masalah yang sudah terkena jangkitan, penternak tiada
pilihan lain selain daripada dengan menukar kotak baharu.
Amalan membersih kotak yang telah terkena jangkitan tidak membuahkan hasil. Hal ini kerana sisa-sisa kulat yang ada akan mudah membiak semula jika faktor-faktor penyebab di atas tidak diatasi dahulu.