Sebaik sahaja menetas, ianya akan mendandan diri buat beberapa jam sebelum menjalan kerja-kerja membersih sarang dan membuang kotoran yang terdapat dalam koloni. Lebah pekerja juga bertugas untuk mengasuh ratu, mengeram, pembaikan ruang induk, membuat sel anak, kantung madu, kantung beebread, menerima nektar, debunga dan propolis. Lebah pekerja juga bertindak mengolah, memekat dan menyimpan madu dan debunga (beebread).
![]() |
Lebah pekerja mengumpul pollen & nektar (Foto : Mustafa Karim) |
![]() |
Lebah pekerja membina corong & mengawal laluan masuk (Foto : Sharifah Shanatul Asma Jamalullail) |