Lebah
kelulut adalah sejenis serangga yang hidup bersosial bersama dalam satu
koloni. Ahli koloni sosial boleh
dibahagikan kepada tiga kasta utama iaitu lebah pekerja (workers), lebah jantan
(drones) dan ratu (queen). Setiap koloni pada kebiasaannya mempunyai seekor
yang ratu, beberapa ekor lebah jantan dan ribuan lebah pekerja.
Ratu ini akan
menghasilkan dua jenis telur. Telur yang
disenyawakan akan menghasilkan larva lebah pekerja dan larva ratu dan
sebaliknya ratu yang tidak disenyawakan akan menghasilkan larva lebah jantan.
Jangka masa dari telur untuk bertukar menjadi larva, pupa dan lahir sebagai
pekerja, jantan atau ratu adalah dalam lingkungan 18-22 hari bergantung kepada
spesis. Walau bagaimanapun ada spesis
yang boleh menjangkau sehingga lebih 50 hari.
![]() |
Telur ratu adalah lebih besar berbanding dengan telor pekerja ataupun pejantan |
Telur pejantan mempunyai bonggol berbanding dengan telor pekerja yang agak rata |
Bentuk dan saiz kokun bagi ketiga-tiga kasta ini adalah berbeza. Kokun bakal ratu biasanya lebih besar (hampir dua kali ganda) dan terbentuk secara berasingan dengan lapisan telur kasta lain. Bahagian atas kokun pekerja adalah rata berbanding kokun jantan yang mempunyai bonggol.