Pada masa ini teknik topping adalah satu teknik menjadi ikutan ramai penternak kelulut. Ini teknik ini pada kebiasaannya mendapat kejayaan yang lebih tinggi berbanding dengan teknik pemidahan keseluruhan koloni kedalam kotak haif. Teknik ini adalah lebih tahan lasak terhadap keadaan persekitaran seperti faktor suhu dan kelembapan. Dalam teknik ini, semua koloni adalah berada didalam log dan kantung madu, kantung roti lebah naik keatas dalam 3 bentuk iaitu a) Tangkai anggur, b) Bentuk roti kopi dan c) Bentuk ros hitam. Bentuk-bentuk ini terhasil disebabkan beberapa faktor seperti keaktifan koloni, keadaan persekitaran dalam kotak dan teknik topping yang dibuat.
![]() |
Bentuk tangkai anggur |
Bentuk Tangkai Anggur
Ini adalah bentuk ideal yang dikehendaki oleh semua penternak. Disini kelulut pekerja didapati bebas bergerak didalam topping, menterai semua rongga kecil yang ada didalam kotak topping atau antara plastik penutup dengan kotak. Pekerja didapati selesa berada dalam topping tersebut dan aktif membina rangkaian propolis diikuti denban membuat kantung madu dan kantung untuk roti lebah. Kelulut kemudian mengisi kantung madu atau kantung roti masing dengan nektar dan debunga yang telah diproses. Rangkaian kantung tangkai anggur ini terus membesar dengan pertambahan jumlah kantung madu & kantung roti lebah. Tuaian madu boleh dibuat apabila jumlah kantung bertambah sehingga 30-40 biji.
![]() |
Bentuk roti kopi |
Bentuk Roti Kopi
Dalam keadaan ini satu lapisan propolis (involcurum) telah dibentuk menyelubungi struktur propolis berangkai, kantung madu dan kantung roti lebah dibawah. Pada kebiasaannya struktur ini akan membesar bergantung kepada aktiviti pengumpulan madu dan roti lebah dibawahnya. Kelulut didapati tidak bebas bergerak didalam kotak topping walaupun kelulut banyak dibawah selaput involcurum tersebut. Ini berlaku kerana kelulut tidak dapat menyesuaikan diri dengan keadaan dalam kotak tersebut. Keadaan ini berlaku mungkin disebabkan ada gangguan perosak seperti semut di dalam kotak tersebut atau kotak topping yang terlampau besar dan agak sukar bagi koloni tersebut untuk mengawal suhu persekitaran haif tersebut.
Dalam keadaan sebegini, penternak tidak harus risau kerana walaupun pun dikelilingi selaput, jumlah kantung madu adalah bertambah. Saya cadangkan pada peringkat awal-awal jangan apa2kan binaan ini. Penternak boleh mula mengoyak sedikit selaput setelah struktur tersebut telah memenuhi lebih separuh daripada permukaan kotak tersebut. Ambil sedikit roti lebah (2-3 kantung) dan letak dibahagian luar sebagai umpan kepada kelulut pekerja untuk terus berada diluar selaput tersebut. Ulangi proses tersebut 2 atau 3 kali jika kelulut pekerja menutup kembali selaput tersebut.

Satu lagi langkah yang boleh diamalkan oleh petani ialah dengan menebuk topping untuk menjadi jalan keluar masuk baru dan seterusnya tutup corong asal. Ini akan memaksa naik ke atas log dan seterusnya membuat madu.