KENALI KAMI
Blog Kelab Lebah Kelulut ini tercetus atas inisiatif ahli Facebook Group Kelab Lebah Kelulut (KLK) pada September 2014.
Facebook group KLK diasaskan oleh Tuan Musa Yaacob atas dasar ingin berkongsi maklumat kelulut.
Apabila berkembangnya penyertaan ahli di dalam Facebook group itu, terdapat beberapa masalah yang muncul. Terutamanya masalah pengurusan maklumat dan perbincangan di dalam group itu.
Hal ini mendorong penubuhan blog ini sebagai simpanan arkib dan pengurusan maklumat dari FB group tersebut.
Semoga segala perkongsian kami di blog ini mampu menambah lagi ilmu meliponikultur (penternakan lebah kelulut) di Malaysia, khasnya.
Hal ini mendorong penubuhan blog ini sebagai simpanan arkib dan pengurusan maklumat dari FB group tersebut.
Semoga segala perkongsian kami di blog ini mampu menambah lagi ilmu meliponikultur (penternakan lebah kelulut) di Malaysia, khasnya.
Pengasas Kelab Lebah Kelulut
Musa Yaacob
![]() |
Tuan Musa Yaacob, pengasas Kelab Lebah Kelulut. |
Penemuan penyelidikan yang telah dihasilkan diterbitkan dalam beberapa buku, manual penanaman, jurnal dan majalah didalam dan luar negara. Mula bersara sebagai kakitangan kerajaan pada tahun 2011. Jawatan akhir beliau ialah Timb. Pengarah di Pusat Penyelidikan Padi & Tanaman Industri, Ibu Pejabat MARDI Serdang.
Semasa di MARDI beliau banyak terlibat dengan pengendalian kursus-kursus dan projek perundingan yang berkaitan dengan teknologi pengeluaran tumbuhan ubatan. Pada masa ini beliau bersama dengan RZ Jaya Consultancy memberi khidmat perundingan yang berkaitan dengan teknologi pengeluaran herba.
Mula menternak lebah kelulut sebagai hobi dan disamping membuat kajian berkenaan tingkahlaku kelulut pada awal tahun 2103. Menyedari akan kepentingan perkongsian maklumat, grup FB Kelab Peminat Kelulut dan Lebah telah diwujudkan dan seterus blog Kelab Lebah Kelulut ini.