Mustafa-Hive Rangkul Pingat Emas Di Malaysian Agriculture Invention Show (MAgIS) 2015

MAgIS (Malaysian Agriculture Invention Show) merupakan satu acara himpunan para pemain industri pertanian dan industri asas tani. Pertandingan inovasi ini melibatan beberapa kategori seperti peringkat petani, institusi dan juga pelajar.

Dalam pertandingan ini, MUSTAFA-Hive telah dipilih memenangi Pingat Emas dalam kategori petani. Diharapkan rakan-rakan penternak dapat menyertai pertandingan sebegini pada masa hadapan. Untuk menyertai, daftarkan inovasi rakan-rakan dengan Jabatan Pertanian daerah masing-masing dan pihak jabatan akan bantu mengenengahkan inovasi rakan-rakan.  Usaha-usaha begini penting bukan hanya untuk kepuasan atau menunjukkan siapa hebat, tetapi lebih kepada usaha untuk kita sama-sama membangunkan industri lebah kelulut di Malaysia.



Info MAgIS


Senarai Anugerah MAgIS


Suasana di Dewan Pertandingan & Pameran


         Barisan Juri akan bergilir-gilir datang ke booth 
para peserta untuk sesi penialaian


Majlis Penyampaian Anugerah kepada Dr Mohd Zulkifli Mustafa
yang memenangi pingat emas


Sesi penerangan kepada para pengunjung

Tahniah saya ucapkan kepada Dr. Mohd Zulkufli Mustafa dan semua ahli kumpulan yang dengan begitu gigih membangunkan Mustafa-HIVE ini sehingga telah memenangi hadiah dan pengiktirafan yang berprestig ini.  

Untuk maklumat lanjut berkenaan inovasi Mustafa-HIVE ini, mohon lawat dipautan dibawah.

Hak Cipta Terpelihara

Perhatian: Segala maklumat di dalam blog ini mengandungi hak cipta. Tidak dibenarkan menyalin ke dalam mana-mana medium tanpa kebenaran penulis.
Jika ada sesiapa yang terjumpa mana-mana maklumat di dalam blog ini disalin di blog lain, mohon maklumkan kepada penulis. Kerjasama anda amatlah penulis hargai.

Musa Yaacob
012-938 5630
Kota Bharu, Kelantan.