Apakah Punca Koloni Heterotrigana Garang Semasa Menyedut Madunya


Koloni H. itama yang aktif

Baru-baru ini Sdr. El Ilmy telah post satu persoalan berkenaan apakah punca yang menyebabkan koloni H. itama begitu agresif semasa penuaian madu untuk mendapat pandangan dari ahli  di grup FBKelab Lebab Kelulut.  Beberapa ahli telah memberi maklum balas mengikut pengalaman masing-masing,

Komen-komen tersebut adalah seperti berikut:

Nushirwan Ab. Rahim Itama saya dapati macam manusia.  Waktu pagi masa ramai pekerja keluar cari nektar & polen, kurang sikit agresif jika disedut madunya.  Sebaliknya adalah sangat agresif pada waktu tengah hari apabila banyak yang sudah pulang balik ke sarang.  Lebah pekerja akan kembali tenang (kurang agresif) pada waktu petang.

El Ilmy Saya fikir, kawasan penempatan juga ada jadi satu faktor.  Satu koloni saya masa tinggal di taman perumahan, tiap hari jumpa manusia, buka sarangnya bila-bila pun tak agresif. Bila dipindahkan ke dalam hutan sebulan tanpa didatangi manusia, mereka menyerang dengan hebat bila dibuka plastik kotaknya. Masa tu pagi kira-kira pukul 9 - 10 pagi.

Hamdan Hashim Pengalaman saya sebagai orang baru dalam penternakan kelulut.  Pada waktu pagi dalam jam 10.00 adalah kurang agresif kerana banyak lebah pekerja berada diluar sarang.  Koloni yang saya ada juga bertindak karang pada waktu petang apabila cuba menyedut madu pada jam 5.00 petang.  Ini mungkin pada masa itu, sudah banyak lebah pekerja pulang pada masa tersebut.


Agung Santoso  Lebih garang apabila simpanan madu yang disimpan banyak dan kurang garang apabila stok madunya berkurangan.

Abu Hassan Jalil Pernah terakam di Pusat Pertanian Titi Gantung, Perak sewaktu jelajah utara pada tahun 2015. Dua sarang itama (bertoping) yang diletakkan sebelah menyebelah (jarak 3 m) di bawah pokok asam jawa didapati mempunyai tingkah laku yang berbeza. Koloni yang mempunyai telur dalam topping adalah lebih garang.

Fisha Sariman Pemerhatian saya, koloni yang koloni penuh dengan telur adalah lebih seperti yang dinyatakan oleh Pak Abu.

Haslin MH H. itama lebih garang apabila 1) Mendung hendak hujan, 2) Sarang sudah lama tidak dikunjungi dan 3) Plastik topping dibuka dengan kasar

Kelulut Selayang Dari pengkajian saya ada kemungkinan keadaan usia kelulut itu sendiri.  Kalau golongan askar dan pekerja sudah berusia ia akan kurang agresif.  Ini melalui pengalaman...saya pernah ambil koloni dihutan dengan cara tebuk pokok.  Walaupun penghuninya ramai ia tidak garang apabila saya membawanya balik ke ladang.  Sebalikknya apbila telur baru menetas diladang ternakan, koloni tersebut didapati lebih garang.

Dari komen-komen diatas saya didapati banyak faktor yang menyebabkan koloni tersebut garang atau tidak.  Walau bagaimanapun bagi saya, berdasarkan beberapa koloni yang saya ada, faktor utama ialah keaktifan koloni tersebut. Koloni yang besar, aktif dan mempunyai anak telur dalam kotak adalah lebih agresif.  Koloni yang ternak dalam haif besar (tanpa topping) pada umumnya lebih garang kerana keamanan koloni telah terkacau berbanding dengan sistem topping dimana gangguan kepada koloni adalah pasa tahap minima.



EmoticonEmoticon

Hak Cipta Terpelihara

Perhatian: Segala maklumat di dalam blog ini mengandungi hak cipta. Tidak dibenarkan menyalin ke dalam mana-mana medium tanpa kebenaran penulis.
Jika ada sesiapa yang terjumpa mana-mana maklumat di dalam blog ini disalin di blog lain, mohon maklumkan kepada penulis. Kerjasama anda amatlah penulis hargai.

Musa Yaacob
012-938 5630
Kota Bharu, Kelantan.