Adakah Kayu Pellet Sesuai Untuk Buat Topping Lebah Kelulut?




Ramai yang bertanya adakah kayu pellet sesuai untuk dibuat topping?. Ini adalah pandangan beberapa ahli kelab.


Salleh Mohamad Zulkefli Setahu saya kayu pallet kebanyakannya telah dirawat dengan ubat anti serangga / kulat.  Pellet yang biasa buat shipment guna pallet kayu ke oversea surat pengesahan kayu yang sudah dirawat diperlukan untuk memastikan serangga dan telur serangga tak di eksport @ import....apa2 ubat anti serangga tak berapa sesuai untuk kelulut....kenapa perlu ambil risiko sedangkan log kelulut bukan mudah nak dapat dan dijaga...


Haslin MH Anda kena tahu bezakan kayu palet yg sudah awet dan belum awet. Pallet keluar negara biasanya sudah sembur anti bakteria sebagai syarat eksport. Tapp pallet dalam negara biasanya tidak direndam ubat, tapi ada juga yg sudah sembur sedikit dan perlukan pemulihan. Jika tiada pengetahuan, lebih jangan ambil risiko itu.

Mohd Razali Mohamed Pallet yang digunakan untuk import atau eksport akan dirawat menggunakan 2 kaedah.  Pertama menggunakan kaedah fumigation menggunakan racun methyl bromide dan keduanya menggunakan kaedah heat treatment. Kedua-dua kaedah ini akan ditanda dan dicop pada pallet yang telah menjalani rawatan. Sebagai contohnya, pallet yg dirawat secara heat treatment akan ditandai dgn huruf HT dan sebaliknya pallet yang dirawat secara fumigation meggunakn methyl bromide akn ditandai MB..

Cara rawatan:

 Bee Soon Yean Saya juga guna pallet terpakai untuk buat topping..... cuma sebelum saya membuat topping saya redam kayu pallet dalam tong beisi air hujan selama seminggu ,dibersihakan dan dijemur kering sebelum guna untuk buat topping...tiada masalah bagi kelulut....jangan ada bau yang kurang menyenangkan ....



EmoticonEmoticon

Hak Cipta Terpelihara

Perhatian: Segala maklumat di dalam blog ini mengandungi hak cipta. Tidak dibenarkan menyalin ke dalam mana-mana medium tanpa kebenaran penulis.
Jika ada sesiapa yang terjumpa mana-mana maklumat di dalam blog ini disalin di blog lain, mohon maklumkan kepada penulis. Kerjasama anda amatlah penulis hargai.

Musa Yaacob
012-938 5630
Kota Bharu, Kelantan.