Genus Tetragonula (Kelulut Kecil) dianggarkan lebih 40 spesis - Adakah Anda Mengenalinya..

Kelulut pekerja Tetragonula cf minor

Corong Tetragonula cf minor

Bila nampak kelulut yang sangat kecil, kita cuma boleh katakan ia dalam genus Tetragonula, jadi kita katakan ia sebagai Tetragonula sp ringkasan kepada spesis dalam genus Tetragonula. Tetragonula sp. ada banyak, yang sudah diberi nama mungkin lebih 20, yang belum pun mungkin sekitar 20 lebih lagi.

Macam mana nak beza semua ni dan nak pastikan yang kita jumpa kecil-kecil itu spesis yang mana satu? Kita masih perlu terus mengkaji.

Siapa yang ada simpan spesis kecil ini, cuba dapatkan foto macro pelbagai sisi, atas, tepi, depan, belakang. Kita kumpul foto dan lokasi asalnya, nanti kita berikan kepada saintis untuk meneliti. Kalau nasib kalian baik, saintis dari dalam dan luar negara akan datang ke tempat kalian untuk dapatkan spesimen dan mengkaji. Jadi, jaga mereka baik-baik ya!

Sekali lagi saya memohon agar semua ahli dapat mengambil gambar makro spesis dari genus Tetragonula ini dan hantar (PM) kepada Sdr. El Ilmy atau saya (Musa Yaacob).

Tuan juga boleh poskan gambar makro berkenaan diwall grup FB Kelab Kelulut & Lebah Madu dan tag nama Sdr. El Ilmy atau saya (Musa Yaacob).

Klik disini untuk capaian grup FB Kelab Kelulut & Lebah Madu 



EmoticonEmoticon

Hak Cipta Terpelihara

Perhatian: Segala maklumat di dalam blog ini mengandungi hak cipta. Tidak dibenarkan menyalin ke dalam mana-mana medium tanpa kebenaran penulis.
Jika ada sesiapa yang terjumpa mana-mana maklumat di dalam blog ini disalin di blog lain, mohon maklumkan kepada penulis. Kerjasama anda amatlah penulis hargai.

Musa Yaacob
012-938 5630
Kota Bharu, Kelantan.