Genus Lepidotrigona mempunyai lebih 12 spesis - Adakah Anda Mengenalinya..



Lepidotrigona sp 
(badan belakang berbentuk macam perisai & tepinya warna kuning)

Bila nampak kelulut yang badan belakangnya (yang bentuk macam perisai tu) ada bingkai tepinya warna kuning, biasa orang akan sebut itu ialah Lepidotrigona terminata. Betulkan itu spesis L terminata? Adakah anda pasti dengan nama nama tersebut?

Yang kita pasti ialah spesis kelulut yang perisainya (scutum dan scutellum) ada bingkai kuning seperti itu jatuh dalam genus Lepidotrigona. Tapi tahukah anda genus Lepidotrigona mempunyai banyak spesis.  Antaranya adalah seperti beriukut :

1. L. terminata
2. L. latipes
3. L. nitidiventris
4. L. ventralis
5. L. arcifera
6. L. hoozana
7. L. flavibasis
8. L. trochanterica
9. L. doipaensis
10. L. latebalteata
11. L. palavanica
12. L. javanica

Bagaimanakah cara kita membezakan antara spesis-spesis ini?  Bagaimanakah cara nak bezakan spesis yang berbingkai kuning pada  scutum dan scutellum antara satu sama lain.  Untuk itu kita harus terus mengkaji. Usaha ini boleh dibuat dengan bantuan foto-foto makro dan mikro berkenaan spesis-spesis ini.

Sehubungan dengan itu, sesiapa yang ada menyimpan spesis ini, mohon dapatkan foto macro dari atas untuk tunjukkan bentuk scutum dan scutellum itu. Foto-foto ini kita akan kumpul dan dengan bantuan saintis (tempatan & luar negara) yang membuat kajian berkenaan kelulut, kita pasti dapat tahu perbezaannya dengan lebih jelas.

Sekali lagi saya memohon agar semua ahli dapat mengambil gambar makro & mikro spesis dari genus Lepidotrigona ini dan hantar (PM) kepada Sdr. El Ilmy atau saya (Musa Yaacob).

Tuan juga boleh poskan gambar makro berkenaan diwall grup FB Kelab Kelulut & Lebah Madu dan tag nama Sdr. El Ilmy atau saya (Musa Yaacob).

Klik disini untuk capaian grup FB Kelab Kelulut & Lebah Madu 





1 komen so far

Kelulut prospek kecepatannya yang menjanjikan


EmoticonEmoticon

Hak Cipta Terpelihara

Perhatian: Segala maklumat di dalam blog ini mengandungi hak cipta. Tidak dibenarkan menyalin ke dalam mana-mana medium tanpa kebenaran penulis.
Jika ada sesiapa yang terjumpa mana-mana maklumat di dalam blog ini disalin di blog lain, mohon maklumkan kepada penulis. Kerjasama anda amatlah penulis hargai.

Musa Yaacob
012-938 5630
Kota Bharu, Kelantan.