Tingkah Laku Kelulut - Kelulut Ialah Serangga Yang Pembersih

Kelulut ialah sejenis serangga eusosial yang kehidupannya sangat bersih. Kelulut pekerja muda adalah bertanggung jawab untuk memastikan keadaan koloni sentiasa bersih.  Ini adalah sangat jelas kelihatan semasa pemasangan topping baru atau pemindahan koloni ke haif buatan.  Semasa proses pemindahan koloni atau pemasangan topping baru, sudah tertentu akan ada serpihan kayu atau habuk gergaji terhasil didalam kotak haif atau topping berkenaan.  Demi menjaga keselematan dari pencoroboh (terutama sekali semut), kelulut pekerja mula menutup (seal) segala lubang yang ada.  Kelulut pekerja seterusnya mengumpul sampah sarap seperti serpihan kayu dan habuk gergaji di kawasan terbuka di dalam haif atau kotak topping.  Bahan organik seperti larva dan anak tercedera akan diangkut keluar dari sarang.

Bersama ini ialah pemerhatian bergambar yang dikongsi oleh Sdr. Bhg Ng. Pemerhatian ini dibuat bagi spesis Heterotrigona itama selepas beberapa hari topping dibuat.


Kelulut pekerja sedang membina struktur sarang

Sampah sarap seperti habuk kayu dikumpul dibeberapa tempat
(penternak boleh membantu membuang sampah ini dengan menggunakan spatula)


Aktiviti membersih sarang oleh kelulut pekerja


Kantung madu



EmoticonEmoticon

Hak Cipta Terpelihara

Perhatian: Segala maklumat di dalam blog ini mengandungi hak cipta. Tidak dibenarkan menyalin ke dalam mana-mana medium tanpa kebenaran penulis.
Jika ada sesiapa yang terjumpa mana-mana maklumat di dalam blog ini disalin di blog lain, mohon maklumkan kepada penulis. Kerjasama anda amatlah penulis hargai.

Musa Yaacob
012-938 5630
Kota Bharu, Kelantan.