Terowong Madu Kelulut Heterotrigona itama

Haif berbentuk meninggi adalah antara jenis haif yang banyak diusahakan oleh penternak di Indonesia.  Haif dibuat kecil (lebih kurang 6"x 6") dan dibahagikan kepada tiga bahagian.  Bahagian bawah sekali ditempatkan telur anak (broodcells). Apabila koloni membesar, katung madu dan katung roti lebah akan dibuat pada dinding cara satu lapis.  Kotak tengah dan atas akan diasing daripada kotak bawah semasa tuaian madu dibuat.  Madu boleh dituai sama ada dengan cara disedut dengan pam atau dengan mengambil kesemua katung madu dan diperas untuk mengasingkan madu dengan kantungnya.  Teknik sedutan boleh menyebabkan tuaian seterusnya boleh dibuat dengan lebih cepat kerana kelulut pekerja hanya perlu membaikinya sahaja katung madu yang sedia ada.

Jarak tuaian bagi teknik ini pada kebiasaannya dalam 2-3 bulan bergantung kepada keadaan sumber makanan pada musim2 tersebut.


Kantung madu terbentuk pada dinding
yang bentuk meninggu


Jenis haif yang banyak diamalkan oleh
penternak Indonesia. Dibahagian bawah sekali
ditempat sel telur

Catatan:

Terima kasih kepada Ozie Sang Lebah Kelana kerana berkongsi gambar-gambar ini.


EmoticonEmoticon

Hak Cipta Terpelihara

Perhatian: Segala maklumat di dalam blog ini mengandungi hak cipta. Tidak dibenarkan menyalin ke dalam mana-mana medium tanpa kebenaran penulis.
Jika ada sesiapa yang terjumpa mana-mana maklumat di dalam blog ini disalin di blog lain, mohon maklumkan kepada penulis. Kerjasama anda amatlah penulis hargai.

Musa Yaacob
012-938 5630
Kota Bharu, Kelantan.