Perosak Lebah Kelulut - Beruang Madu (Ursus malayanus)

Beruang madu (Ursus malayanus)




Panjang beruang madu ialah 120-150 cm

Sifat beruang madu

Beruang madu merupakan beruang yang kebanyakannya terdapat di hutan hujan tropika Asia Tenggara; Bangladesh, Myanmar, Thailand, Laos, Kemboja, Vietnam, Selatan China, Semenanjung Malaysia dan kepulauan Sumatra dan Borneo.  Ianya agak kecil (120-150 panjang) berbanding jenis beruang lain. Bulu beruang madu adalah pendek dan licin.  

Kemusnahan

Beruang ini sangat suka kepada madu dan dapat mengesan punca madu menerusi derianya yang amat kuat.  Cakar yang kuat dan panjang membantu haiwan ini untuk memanjat dan memecah batang balak tumbang untuk mendapatkan madunya.  Log dan topping dengan mudah dipecahkan dengan menggunakan gigi dan cakarnya.

SERANGAN BULAN MAC 2015

Log & topping dimusnahkan

Serangan beruang madu

Serangan beruang madu

SERANGAN JUN 2015




Kaedah pengawalan

Seelok-eloknya elak menternak kelulut atau lebah madu dikawasan pingir-pingir hutan yang telah dikenalpasti didiami oleh beruang ini.  Jika tidak, masalah serangan beruang ini boleh diatasi dengan memasang pagar elektrik disekeliling kawasan ternakan.

Catatan:

Terima kasih kepada TLC Kelulut kerana sudi berkongsi gambar-gambar serangan ini.  Mengikut Tn. TLC Kelulut, ladang beliau sudah 4 kali dirosakkan oleh beruang ini.


SEDIKIT INFO BERKENAAN BERUANG & 
AKTA PEMULIHARAAN HIDUPAN LIAR 2010 [AKTA 76]

    • Haiwan ini dilindungi sepenuhnya dalam Akta Hidupan Liar Penetapan Tarikh Permulaan Kuat Kuasa Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 [Akta 716]
    • Suruhanjaya Tenaga telah meluluskan tanda warna kuning dan hitam dengan amaran dalam bahasa Inggeris, Melayu, Cina dan Tamil.

      Satu lagi peraturan oleh Suruhanjaya ialah pagar elektrik perlu dipasang kira-kira 1.5 meter dari paras tanah.


      "Jika anda mempunyai tebing setinggi 1 meter dan tembok tiga meter, pagar itu hanya boleh dipasang pada bahagian atas tembok," kata Waran.

      "Dan jika anda mahu ia berfungsi dari paras tanah, anda perlu meletakkan penghadang tanpa elektrik terlebih dahulu," katanya, sambil menambah bahawa pemasangan itu perlu diawasi oleh seorang jurutera yang berdaftar dengan Suruhanjaya Tenaga.


    • Contoh papan notis



EmoticonEmoticon

Hak Cipta Terpelihara

Perhatian: Segala maklumat di dalam blog ini mengandungi hak cipta. Tidak dibenarkan menyalin ke dalam mana-mana medium tanpa kebenaran penulis.
Jika ada sesiapa yang terjumpa mana-mana maklumat di dalam blog ini disalin di blog lain, mohon maklumkan kepada penulis. Kerjasama anda amatlah penulis hargai.

Musa Yaacob
012-938 5630
Kota Bharu, Kelantan.