Patung Harimau Sebagai Pengawal Ladang Ternakan Kelulut

Pernah pada akhir tahun lepas, satu laporan telah dibuat oleh akbar Sinar Harian berkenaan tindakan seorang pemilik kebun yang telah membeli patung harimau sebagai usaha untuk menakut-nakutkan monyet dan babi hutan dari memusnahkan tanamannya.  

Mengambil iktibar dari laporan dan petua orang-orang tua, seorang penternak kelulut (Mohd Nazri) dari Bukit Jambul, Pendang, Kedah telah menggunakan taktik tersebut untuk menakut-nakutkan kera agar tidak mengacau koloni kelulut beliau.  Menurut Sdr. Mohd Nazri ladang ternakan kelulut beliau terletak dipinggir hutan simpanan dan monyet selalu mengacau dengan membuka topping dan menterbalikan untuk mencara madu.

Patung harimau yang diletak dikawasan
 ternakan kelulut beliau


Koloni kelulut di kebun 
En. Mohd Nazri

Menurut En. Mohd Nazri lagi, monyet tidak lagi berani mendekati ladang ternakan kelulut beliau setelah beliau menempat patung harimau berkenaan semenjak 2 bulan lepas. Monyet-monyet ini hanya berani memerhati pada jarak yang jauh sahaja.  Yang penting patung harimau tersebut hendaklah dialih kedududukan setiap 2-3 hari.



EmoticonEmoticon

Hak Cipta Terpelihara

Perhatian: Segala maklumat di dalam blog ini mengandungi hak cipta. Tidak dibenarkan menyalin ke dalam mana-mana medium tanpa kebenaran penulis.
Jika ada sesiapa yang terjumpa mana-mana maklumat di dalam blog ini disalin di blog lain, mohon maklumkan kepada penulis. Kerjasama anda amatlah penulis hargai.

Musa Yaacob
012-938 5630
Kota Bharu, Kelantan.