Koloni Kelulut Dimusnahkan .......

Ini adalah realiti yang sentiasa berlaku apabila sesuatu kawasan ingin dibangukan sama ada untuk perlandangan ataupun pembangunan infrastruktur. Balak ditebang dan dibakar dengan begitu sahaja tanpa mengira apa yang terjadi terhadap makhluk penghuni kawasan berkenaan terutama sekali lebah dan lebah kelulut yang sentiasa memain peranan yang penting sebagai agen pendebungaan sama ada pokok hutan atau pokok perladangan.


Disini saya paparkan satu kes dimana koloni itu khusus dibakar kerana kejahilan peneroka yang berkaitan tentang kelulut. Mereka menyangka kelulut ini terdiri dari golonga serangga yang menyegat. Ini berlaku tidak jauh pun .... ianya dirakam di kawasan hutan lipur Bukit Lagong (dekat Selayang) dan tidak jauh daripada hutan simpanan FRIM.

Corong koloni kelulut sebelum dibakar

Sengaja dibakar 

Sebagai seorang Islam kita harus peka dengan aktiviti sebegini kerana ada beberapa hadith yang dengan jelas melarang manusia membunuh makhluk dengan menggunakan api.  Hadith-hadith tersebut adalah seperti berikut.

Dari Ibnu Abbas, bahawa Nabi s.a.w melarang membunuh empat haiwan iaitu semut, lebah, burung hudhud dan burng shurad. [Hadith Riwayat Abu Daud]

Dari Abu Hurairah bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, "Seekor semut menggigit salah seorang Nabi. Lalu Nabi itu menyuruh agar perkampungan semut itu dibakar. Setelah itu Allah mewahyukan kepadanya, 'Apakah hanya kerana gigitan seekor semut, engkau membakar satu umat yang sentiasa bertasbih?'" [Hadith Riwayat Abu Daud]

Abdurrahman bin Abdullah berkata bahawa ayahnya berkata, "Kami pernah bersama Rasulullah s.a.w. dalam sebuah perjalanan. Lalu baginda pergi menunaikan hajat. Kami melihat seekor burung hummarah bersama dua anaknya. Kami mengambil dua anaknya tersebut. Ibu burung itu pun datang dan hilir mudik datang di atas kami kerana gelisah. Kemudian Nabi s.a.w datang dan bersabda, 'Siapa yang membuat burung ini gelisah dengan mengambil anaknya? Kembalikan anaknya kepadanya.' Baginda kemudia melihat sarang semut yang telah kami bakar, lalu berkata, 'Siapa yang membakar ini?' Kami menjawab, 'Kami'. Baginda bersabda, 'Sungguh, tidak boleh menyiksa dengan api, kecuali Tuhan penguasa api (Allah)'." [Hadith Riwayat Abu Daud]


Sehubungan dengan jika anda semua tahu bahawa ada sesuatu kawasan untuk dibersihkan sama ada untuk pembangunan infrastruktur atau perladangan, mohon hubungi kami Pasukan Penyelamat Lebah, agar semua koloni lebah kelulut yang terdapat dikawasan tersebut dapat diselamatkan dulu sebelum aktiviti pembersihan kawasan boleh dibuat.

Klik gambar dibawah untuk menghubungi kami.





EmoticonEmoticon

Hak Cipta Terpelihara

Perhatian: Segala maklumat di dalam blog ini mengandungi hak cipta. Tidak dibenarkan menyalin ke dalam mana-mana medium tanpa kebenaran penulis.
Jika ada sesiapa yang terjumpa mana-mana maklumat di dalam blog ini disalin di blog lain, mohon maklumkan kepada penulis. Kerjasama anda amatlah penulis hargai.

Musa Yaacob
012-938 5630
Kota Bharu, Kelantan.