Kejayaan Kumpulan Penyelamat Lebah - Alor Star Kedah (6 Mac 2015)

Sedar atas keperluan operasi menyelamat lebah diperluaskan lagi, laman Facebook "Penyelamat Lebah" telah diwujudkan pada 3 Februari 2015 bagi tujuan mempromosi usaha ini dengan lebih meluas memandangkan media sosial Facebook sudah menjadi satu medium promosi yang pantas dan mudah pada masa ini.  Hasil daripada usaha ini adalah amat memberangsangkan kerana kami sentiasa mendapat maklumbalas daripada orang awam terutama sekali dari ahli Kelab Peminat Lebah Kelulut & Lebah Madu itu sendiri.  Walau bagaimana pun ada beberapa kes dimana koloni lebah berkenaan tidak diselamatkan kerana kami diberitahu pada saat akhir sebelum operasi memusnah dijalankan.


Di sini kami akan laporkan kejayaan-kejayaan yang telah dicapai oleh Pasukan Penyelamat ini dari masa kesemasa.

Tarikh

6 Mac 2015, 

Situasi Koloni

Apis florea (lebah lalat) yang bersarang di dahan pokok kawasan perumahan di Alor Setar, Kedah.

Aktiviti menyelamat

Sarangnya diturunkan dari pokok dan koloni ini dihalau jauh menggunakan asap kerana spesis ini tidak boleh dipindahkan menggunakan kaedah memasukkan sarangnya ke dalam kotak lebah.  Spesis ini bersarang di kawasan terbuka.



Bersarang pada pokok dikawasan
perumahan

Aktiviti pemindahan


Madu yang diperoleh




EmoticonEmoticon

Hak Cipta Terpelihara

Perhatian: Segala maklumat di dalam blog ini mengandungi hak cipta. Tidak dibenarkan menyalin ke dalam mana-mana medium tanpa kebenaran penulis.
Jika ada sesiapa yang terjumpa mana-mana maklumat di dalam blog ini disalin di blog lain, mohon maklumkan kepada penulis. Kerjasama anda amatlah penulis hargai.

Musa Yaacob
012-938 5630
Kota Bharu, Kelantan.