Kejayaan Memerangkap Kelulut - Menggunakan Tin Biskut (Amin RY / Serawak)

Sebelum ini saya telah membuat satu posting berkenaan dengan kaedah yang boleh digunakan untuk memerangkap koloni kelulut liar yang didadapati banyak berkerumun (swarming) pada masa ini.  Ini adalah antara kaedah yang sangat disyorkan oleh kami pada masa ini.  Kaedah ini telah berjaya memerangkap koloni liar yang terdapat dihabitat asal dihutan tanpa menebang pokok untuk mendapatkan koloni tersebut.  Pengumpulan koloni secara lestari seperti adalah satu usaha yang sangat baik dan harus dicontohi oleh semua.  Selain daripada memerangkap koloni liar dari hutan, kaedah juga telah berjaya memindahkan koloni kelulut yang bersarang ditempat yang susah untuk dituai madunya (seperti dalam paip besi, didalam konkrit bangunan) ke kotak kayu buatan.

Pada posting kali ini saya ingin berkongsi dua lagi kejayaan Sdr.  Amin RY untuk memindahkan koloni dari tempat sarang asal ke kotak buatan.  Teknik yang digunakan ialah sama saja iaitu menyediakan bekas yang bersesuaian (bekas dibalut kemas dengan plastik hitam) dan umpan propolis.  Walau bagaimana beliau menggunakan tin biskut.

Corong keluar masuk
dibuat pada tudung


 Persediaan unti dipindah
kedalam haif buatan


Pandangan dekat koloni 
dalam tin


 Pandangan dekat koloni 
dalam tin


Persediaan untuk membuang
bahagian atas tin

Tin dibuang bahagian atas


Pandangan koloni dalam tin
yang sedia dipindah ke dalam haif



EmoticonEmoticon

Hak Cipta Terpelihara

Perhatian: Segala maklumat di dalam blog ini mengandungi hak cipta. Tidak dibenarkan menyalin ke dalam mana-mana medium tanpa kebenaran penulis.
Jika ada sesiapa yang terjumpa mana-mana maklumat di dalam blog ini disalin di blog lain, mohon maklumkan kepada penulis. Kerjasama anda amatlah penulis hargai.

Musa Yaacob
012-938 5630
Kota Bharu, Kelantan.