5 Perkara Berkaitan Madu Yang Membuatkan Anda Terkejut

Tags


Madu disebut sebagai salah satu bahan penawar kepada segala penyakit. Apa-apa yang keluar dari perut lebah seperti dalam surah

"Dan Tuhanmu memberi ilham kepada lebah: "Hendaklah engkau membuat sarangmu di gunung-ganang dan di pokok-pokok kayu, dan juga di bangunan-bangunan yang didirikan oleh manusia. Kemudian makanlah dari segala jenis bunga-bungaan dan buah-buahan (yang engkau sukai), serta turutlah jalan-jalan peraturan Tuhanmu yang diilhamkan dan dimudahkannya kepadamu". (Dengan itu) akan keluarlah dari dalam badannya minuman (madu) yang berlainan warnanya, yang mengandungi penawar bagi manusia (dari berbagai-bagai penyakit). Sesungguhnya pada yang demikian itu, ada tanda (yang membuktikan kemurahan Allah) bagi orang-orang yang mahu berfikir." (Quran 16: 68-69)


1. Minum madu di waktu pagi

Rasulullah SAW meminum madu dan baginda juga minum air sejuk (bukan air ais) di awal pagi. Mengapa pagi? Kerana ketika itu menyediakan perut kita supaya makanan yang kita makan kemudian tidak menjadi racun atau toksik. Air sejuk pula membantu penyerapan nutrien madu dengan baik. Air itu biarlah air yang suhu bilik, disimpan semalaman di waktu malam.

2. Khasiat madu dapat diserap dalam 7 minit

Untuk mendapat manfaat lebih daripada madu dimakan, lakukan senaman ringan sebaik selepas memakan madu. Ini supaya gula di dalam madu dapat terus ditukarkan kepada tenaga. Ini adalah rahsia nak kurus dengan memakan madu.

3. Madu bunga tertentu lebih banyak khasiat

Conothnya pokok misai kucing. Jika dimakan bunganya, memakan masa beberapa jam sebelum tubuh dapat mengambil khasiat. Tapi jika lebah yang ambil nektar bunga misai kuicing dan kita kemudian mengambil madu tersebut, hanya 30 minit kemudian tubuh kita dapat memanfaat khasiat misai kucing itu.

4. Ambil secara sukatan

Mulakan dengan 20 mL. Selepas itu tambah sedikit demi sedikit sehingga memberi kesan kepada badan. 20 mL dan 20 mL. Apabila terasa kesan, bermaksud itulah sukatan sesuai untuk badan kita.

5. Istiqamah dalam pengambilan

Kadang ada orang merungut apabila mengambil madu (yang pasti asli) bertambah teruk keadaannya. Ini adalah dinamakan 'healingi crisis' dalam perubatan alternatif. Kalau pesakit boleh bertanah dan teruskan pengambilan itu adalah sangat baik. Kalau tak dapat tahan, kurangkan dos tapi yang penting teruskan pengambilan. Lebih baik amalkan sukatan kecil dan kerap berbanding sukatan besar dan sekali sahaja. Amalkan minum air yang banyak bagi membantu tubuh menyahkan toksin badan.

Petua minum madu oleh Dr. Aniza dalam grup WA KLK


EmoticonEmoticon

Hak Cipta Terpelihara

Perhatian: Segala maklumat di dalam blog ini mengandungi hak cipta. Tidak dibenarkan menyalin ke dalam mana-mana medium tanpa kebenaran penulis.
Jika ada sesiapa yang terjumpa mana-mana maklumat di dalam blog ini disalin di blog lain, mohon maklumkan kepada penulis. Kerjasama anda amatlah penulis hargai.

Musa Yaacob
012-938 5630
Kota Bharu, Kelantan.