Kursus Pengenalan ID Kelulut



Pengenalan spesis kelulut penting agar pemeliharaan dan pemuliharaan kelulut dapat dijalankan dengan betul. Untuk itu sebuah kursus pengenalan ID kelulut dianjurkan oleh Acerscape Resources Sdn. Bhd. telah diadakan pada 7 Mac hingga 9 Mac.

Kursus ini adalah kursus yang pertama diadakan di Malaysia  menurut Abu Hassan Jalil atau lebih mesra dipanggil Pak Abu.

Objektif kursus ini adalah bagi golongan akademik, penternak dan penghobi untuk mendalami rupa bentuk serta nama-nama spesis kelulut dan cara identifikasinya dengan betul.

Pada hari pertama peserta belajar berkenaan anatomi lebah kelulut. Pada sebelah petannya peserta melihat dengan latihan amali.

Pada hari kedua peserta mempelajari etimologi (kajian berkaitan asal-usul sesuatu nama) nama-nama genus dan spesis kelulut.

Pada hari ketiga peserta belajar berkaitan algoritma susunan pengenalpastian spesis kelulut.

Kursus ini telah dihadiri seramai tiga belas orang terdiri daripada pelbagai latarbelakang. Ada yang daripada jabatan pertanian, MARDI, universiti dan juga orang bekerja sendiri.

"Saya kagum dengan kebijakan Pak Abu mengolah ayat yang bagi saya saintifik kepada ayat yang ringkas dan mudah difahami untuk orang bukan bidang," ujar Izham Alias, pelajar sarjana (master sains) di Fakulti Pertanian, Universiti Putra Malaysia.

Manakala Razif Mamat@Daud, seorang saintis di Institut Genom Malaysia berkata, " Kursus lanjutan yang bagus kerana lebih fokus kepada pengenalan spesis seterusnya membolehkan saya mengenal kelulut dengan lebih dekat daripada segi famili dan spesis kelulut dgn lebih terperinci."

"Saya pada mulanya ingatkan ada 36 spesis lebah kelulut sahaja di Malaysia. Selepas menghadiri kursus ini barulah saya tahu terdapat lebih kurang 55 spesis kelulut di Malaysia. Saya juga dapat mengenali bagaimana pentingnya pemuliharaan lebah kelulut setelah melihat kesungguhan Pak Abu dalam bidang meliponikultur ini," ujar Mohd Najib Rais bin Mohd Noordin, penolong pegawai pertanian RISDA.

"Sebelum menyertai kursus lanjutan ini, saya menyarankan agar peserta menyertai mana-mana kursus asas penternakan lebah kelulut dahulu. Saya tak nak mereka nanti terkial-kial cuba memahami apa itu lebah kelulut," kata Pak Abu.

Pak Abu mula terjun lebih mendalam dalam dunia lebah kelulut atau meliponini ini apabila dijemput untuk menyertai pasukan Dr. Ibrahim pada tahun 2011. Selepas itu beliau tidak memandang ke belakang lagi.

Beliau dan Dr. Ibrahim telah menulis dan terbit buku Beescape iaitu sebuah buku berkaitan lebah kelulut dan bunga-bunga kesukaan lebah kelulut.

Pak Abu dan juga rakan-rakannya sedang berusaha menulis beberapa buah buku lagi berkaitan kelulut dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris dan akan terbit. Hal ini supaya buku tersebut dapat dijadikan sebagai rujukan asas kepada semua penternak kelulut Indo-Malaya.

Kursus ini akan diadakan lagi pada bulan April. Bagi sesiapa yang berminat boleh menghubungi Pak Abu melalui facebook profil Abu Hassan Jalil.

Galeri aktiviti:

Buku dan nota sepanjang kelas berlangsung. Sumber: AHJ

Peserta melakukan latihan amali pengenalpastian spesis lebah kelulut dengan melihat anatomi lebah kelulut.

Peserta melakukan latihan amali pengenalpastian spesis lebah kelulut dengan melihat anatomi lebah kelulut.

Latihan amali melukis rupa bentuk lebah kelulut dan membandingkan dengannya dengan buku nota.

Lawatan ke Institut Genom Malaysia sebagai salah satu aktiviti tambahan mengenali bagaimana spesimen lebah kelulut boleh dihantar bagi mengenalpasti genetiknya.

Pak Abu menandatangani nota-nota kursus sebagai kenangan.


Peserta beramah mesra sesama mereka.

Perbincangan antara peserta tentang apa yang telah mereka pelajari


Setiap peserta diberikan sijil penyertaan.

6 komen

Saya sebagai salah seorang pelajar batch pertama amat berbangga menjadi pelajar Tuan AHJ...,-:)

Sesiapa yang ingin terlibat dengan kelulut sepatutnya perlu menghadiri kursus pengenalan ini kerana ianya amat penting dalam memahami keperluan kehidupannya. Kalau tak kenal macam mana kita nak mencintai kelulut...

Betul TAK KENAL maka TAK CINTA.... Kita mesti kenal kelulut ini dengan betul.. sumbangannya tehadap pertanian negara & spesis kelulut yang ada di Malaysia... barulah rasa cinta untuk memulihara dgn cara yang lestari.... Syabas semua.

Tenaga pengajar kreatif bukan hanya dalam menulis bahan kursus dan algoritma pengenalan genus kelulut, bahkan kreatif juga dalam menyampai ceramah, memberi analogi, menjadikan susunan kursus fleksibel dan mencerahkan mata peserta yang keletihan menadah pengetahuan baru yang sebahagiannya agak berat. Berbaloi melabur menimba ilmu melalui kursus ini.

saya amat berbangga kerana mengikuti krusus yg diajaurkan oleh Pak Abu .. alhamdulilah kerana krusus ini saya dapat mengenal pasti masalah yg dihadapi oleh penternak seperti saya,dan saya dapat tahu apa yg diperlukan oleh keloni kelulut... insyallah saya akan belajar dari masa kesemasa... dan kawan2 yg sangat baik seperti keluarga sendiri.. dan x lupa juga kepada owner page ini Musa Yaakob saya berterima kasih...

Assalamualaikum, siapa personal yg saya boleh hubungi utk mendapatkan kursus ini


EmoticonEmoticon

Hak Cipta Terpelihara

Perhatian: Segala maklumat di dalam blog ini mengandungi hak cipta. Tidak dibenarkan menyalin ke dalam mana-mana medium tanpa kebenaran penulis.
Jika ada sesiapa yang terjumpa mana-mana maklumat di dalam blog ini disalin di blog lain, mohon maklumkan kepada penulis. Kerjasama anda amatlah penulis hargai.

Musa Yaacob
012-938 5630
Kota Bharu, Kelantan.