Cara Menyediakan Perangkap Pengerumuman Kelulut

Musim kering sudah bermula dan didapati koloni kelulut pada masa ini mula aktif semula memandangkan banyak pokok-pokok buah-buahan seperti mangga, longan sudah mula berbunga.  Sehubungan dengan itu, pemerhatian yang dibuat menunjukkan banyak pengerumuman (swarming) telah mula berlaku. Dalam proses penguruman ini, ratu madu bersama dengan sekumpulan pekerja akan berpencah dari sarang utama dan keluar untuk mencari sarang baru dan seterusnya membina koloni baru.

Bersama ini saya kongsikan kaedah yang telah diamalkan oleh Saudara  El Ilmy dan Amin RY untuk membuat sarang memerangkap kelulut.

Kaedah membuat perangkap kelulut

Bahan yang digunakan botol minuman plastik atau balang biskut yang bersesuaian, propolis dan ethanol untuk membuat larutan propolis.  Plastik hitam atau binding yang bewarna hitam untuk membungkus botol tersebut agar tidak telus cahaya.

Propolis boleh didapati dari dalam sarang kelulut mana-mana spesis. Rujuk propolis. Kantung madu kelulut itu diperbuat daripada propolis. Propolis tersebut boleh digunakan sebagai salah satu bahan perangkap.

Pilihan botol plastik(termasuk botol air 
mineral) yang boleh digunakan untuk
membuat perangkap lebah


Bahagian dalam botol diselaputi
dengan cecair propolis (Propolis boleh
dicairkan dengan menggunakan ethanol)


Bekas dibungkus rapat dengan plastik hitam
untuk mewujudkan keadaan yang gelap
di dalam bekas.


Perangkap diletakkan dikawasan yang
terdapat banyak kelulut berkerumun.  Pemeriksaan
dibuat untuk menilai status kehadiran koloni
pada perangkap tersebut.

Contoh kejayaan usaha memerangkap 

Teknik ini telah berjaya digunapakai oleh Sdr. Amin RY untuk memerangkap kelulut yang bersarang di dalam paip di kawasan perumahan.  Beliau telah menggunakan bekas botol air mineral (1.5 litre) sebagai perangkap sarang. Cara yang dibuat beliau adalah seperti berikut:

1.  Guna 2 botol kosong bekas air mineral saiz 1.5L dan cantum menjadi 1 botol sahaja.

2.  Tebuk lubang pada tudung botol saiz 0.5 inci.

3.  Letakkan propolis yang telah dilembutkan di bawah panas matahari pada tudung botol yg telah ditebukan itu dan di dalam botol itu sedikit.  Jangan terlalu banyak didalam botol,  nanti boleh menyebabkan kulat.

4.  Balut botol tersebut dengan surat khabar.  Lagi tebal lagi baik.  Ianya lebih jika di balut dengan kotak.

5.  Botol kemudian dibalut dengan plastik keseluruhan botol bagi memastikan ianya gelap. Selepas itu, baru dibalut dengan plastik hitam (jangan ada ruang cahaya selaian dari tudung botol tadi). Pastikan didalam botol keadaan gelap sahaja keseluruhannya.

6.  Letak ditempat tidak tekena cahaya matahari (tempat teduh), selamat daripada semut dan kawasan penguruman koloni kelulut (ada induk kelulut).

7.  Jarak perangkap dengan induk kelulut adalah dalam linkungan 1-2 m.

8.  Buat pemantaun secara berkala

9.  Berdoa agar usaha yang dibuat mendapat kejayaan


Perangkap diletak dekat dengan koloni
asal kelulut

Broodcel yang terbentuk dalam perangkap


 Broodcel yang terbentuk dalam perangkap

Catatan:

Jika anda semua memerlukan maklumat lanjut berkenaan teknik memerangkap penguruman kelulut cara ini, tuan boleh berhubung terus dengan Tn Amin RY atau El Ilmy


21 komen

salam tuan..mane nk dapatkan propolis?..

Tuan boleh hubungi penternak kelulut berdekatan. Propolis biasanya dapat dituai apabila koloni daripada log kayu dipindahkan ke haif / kotak buatan..

Slam,kat mana ada jual ethanol tuan?

Ethanol boleh dikedai yang menjual peralatan sains & bahan ke sekolah dan hospital

berapa lama tempoh untuk pindahkn perangkap yg telah dihuni kelulut?

sehingga ada beberapa lapisan telur anak

Salam Tuan.. adakah mengunakan propolis dari itama hanya untuk perangkap itama sahaja mcm mana dgn spesis lebah kelulut yang lain..

Salam tuan, saya dah dapat perangkap kelulut, tapi tiada pula ratu dalamnya, adakah ia berjaya?

Bolehkah tuan buat video process cara mendapatkan/mencairkan propolis?

Esok sy nk try kat kebun belakang rumah..terima kasih ajar teknit tersebut.:-)

Assalam..nak tanya....jarak kotak kelulut antara kotak yg lain brpa ya..TQ dr budak baru belajar..

Salam tuan kalau tak de propolis jadi tak???

salam..tuan mcam mana nk tahu
perangkap yg telah ade telur dan ank..perangkap sy dari paip pvc..jd saya x nampak didalamnya...sekarang perangkap tu telah mengena dan kelulut dh membuat corong utk keluar msuk dari paip tu..

salam..tuan mcam mana nk tahu
perangkap yg telah ade telur dan ank..perangkap sy dari paip pvc..jd saya x nampak didalamnya...sekarang perangkap tu telah mengena dan kelulut dh membuat corong utk keluar msuk dari paip tu..

Asalamualaikum
Sy mencari tray kelulut
Klu ada yg nk jual
Tolong sms sy
0102206672

Asalamualaikum
Sy mencari tray kelulut
Klu ada yg nk jual
Tolong sms sy
0102206672

Sebenarnya,kita boleh menggunakan propolis dari mana-mana spesies kelulut tetapi untuk kelulut kristal,propolis berdamar sangat diperlukan.

Assalamualaikum tuan.Saya ingin bertanyakan sesuatu.Saya telah memasang sebuah perangkap kelulut yang berhampiran dengan koloni kelulut yang liar.Saya mendapati bahawa terdapat kelulut yang sudah mula 'tertarik' dengan perangkap itu.Namun,daripada pemerhatian yang telah saya lakukan,saya mendapati kelulut itu telah menutup lubang pada perangkap itu dengan menggunakan propolis dan hanya meninggalkan lubang yang kecil pada penutup botol itu.Adakah itu merupakan salah satu petanda yang menunjukkan perangkap itu telah berjaya?

Wasalam.Anda boleh melihat keaktifan koloni kelulut itu dalam tempoh 3 bulan selepas kelulut itu mendiami perangkap itu.Seandainya koloni kelulut kelihatan aktif,itu bermakna sudah wujud sel telur di dalamnya.

Salam tuan.

Saya ingin betanyakan sesuatu.Mengapkah kelulut MENGOYAKKAN PLASTIK HITAM yang digunakan untuk membungkus perangkap kelulut sehingga terdedah surat khabar di dalamnya?


EmoticonEmoticon

Hak Cipta Terpelihara

Perhatian: Segala maklumat di dalam blog ini mengandungi hak cipta. Tidak dibenarkan menyalin ke dalam mana-mana medium tanpa kebenaran penulis.
Jika ada sesiapa yang terjumpa mana-mana maklumat di dalam blog ini disalin di blog lain, mohon maklumkan kepada penulis. Kerjasama anda amatlah penulis hargai.

Musa Yaacob
012-938 5630
Kota Bharu, Kelantan.