Cara Mudah Mengurangkan Masalah Botol Madu Meletup Akibat Penapaian

Pada posting sebelum ini saya telah berkongsi maklumat berkenaan sifat-sifat madu asli (sama ada madu kelulut, madu tualang atau madu Apis millifera). Antaranya ialah masalah proses fermentasi yang melampau.  Proses fermentasi adalah perkara yang biasa bagi madu mentah (yang tidak diproses) kerana kandungan ragi (yeast) yang tinggi.  Hasilan fermentasi ialah gas H2 dan CO2 dan juga asid.  Jika dalam keadaan yang ekstrem dan botolnya ditutup rapat, botol kaca berkenaan boleh pecah dan meletup.


Botol kaca ini meletup mengeluarkan buih 
jika penutupnya ditutup rapat.

Saya juga membincang perkara yang boleh merangsangkan proses fermentasi tersebut.  Faktor-faktor tersebut ialah kandungan air, kandungan yeast yang ada secara semula jadi dalam madu tersebut, suhu penyimpanan dan pergerakan madu yang berlebihan (seperti tergoncang).

Dalam posting tersebut, saya juga telah menyentuh beberapa kaedah yang boleh dibuat untuk mengurangkan proses fermentasi tersebut.  Antara kaedah yang boleh dibuat ialah mengurangkan kandungan air dengan menggunakan teknik pemanasan dua lapis (double boiler), mematikan yeast dan menyimpan ditempat sejuk. Pada kali ini saya ingin berkongsi tip yang diamalkan oleh seorang pemburu lebah tualang iaitu Tualang Tiga dalam usaha untuk mengurangkan masalah pengendalian madu hasil tuaian beliau.  Kaedah yang diamal beliau ialah dengan menebuk 3-5 lubang kecil pada penutup botol plastik berkenaan dengan menggunakan jarum yang kecil.  Lubang kecil yang dibuat ini akan memastikan gas tidak terkumpul di dalam botol dan dapat keluar secara perlahan.

Jarum menjahit kecil digunakan untuk
menebuk lubang pada tudung plastik


Jumalah lubang yang dibuat ialah antara 3-5
bergantung kepada kematangan madu & 
kandugan air

Bacaan Tambahan

1. Madu Kelulut : Kandungan Air & Proses Penapaian (Fermentasi)


1 komen so far

boleh tau mana nak dapat botol macam diatas tu?


EmoticonEmoticon

Hak Cipta Terpelihara

Perhatian: Segala maklumat di dalam blog ini mengandungi hak cipta. Tidak dibenarkan menyalin ke dalam mana-mana medium tanpa kebenaran penulis.
Jika ada sesiapa yang terjumpa mana-mana maklumat di dalam blog ini disalin di blog lain, mohon maklumkan kepada penulis. Kerjasama anda amatlah penulis hargai.

Musa Yaacob
012-938 5630
Kota Bharu, Kelantan.