7 Info Asas Pada Label Produk Madu Yang Perlu Ada

Contoh label produk untuk pengeluar besar

Sebelum ini saya telah membuat satu posting posting di blog ini berkenaan tip-tip untuk membeli madu asli.  Antara apa yang saya tekan pada penulisan tersebut ialah apabila ingin membeli madu, pembeli seharusnya membaca dengan teliti pada label produk terutama sekali perkara yang berkaitan dengan jenis madu, alamat perhubungan, ladang pengeluaran dan berat kandungan berbanding dengan harga jualan.  

Berdasarkan kepada fakta yang terdapat pada label ini, pembeli akan boleh membuat penilaian dan kesimpulan tentang status keasliannya dan nilai madu yang dipasarkan.

Sehubungan dengan itu saya berpendapat semua produk madu dan hasilan haif seharusnya ada label yang bersesuaian jika ingin mendapat kepercayaan dan penerimaan yang baik dari pelanggan.  Kaedah perhubungan yang dinyatakan dalam label akan memudahkan pembeli untuk menghubungi balik penjual jika inginkan bekalan madu seterusnya.  

Walau bagaimanapun jenis label yang digunakan mungkin berbeza bergantung kepada skel pengeluaran masing-masing.  Bagi pengeluaran komersial, mungkin label diatas adalah lebih sesuai. Sebaliknya bagi penternak yang memasarkan madu dan produk hasilan haif dibuat secara kecil-kecilan, label pelekat seperti contoh dibawah mungkin lebih sesuai.

Contoh label pelekat yang ringkas untuk 
pengeluar kecil-kecilan

Walau apa pun jenis label yang ingin dipilih, maklumat yang ada pada label seharusnya mengandungi maklumat yang mencukupi bagi pengguna dalam membuat penilaian tentang produk berkenaan.  Pada pandangan saya, maklumat yang harus ada pada semua label produk madu adalah seperti berikut:

1.  Jenama Produk (Ini penting bagi memudahkan menentukan identiti produk terutama sekali pengeluar berkenaan mempunyai produk keluaran yang berlainan)

2.  Nama Syarikat termasuk nombor pendahftaran dengan yang telah dikeluarkan oleh agensi yang berwajib.

3.  Alamat kilang pengeluaran atau kawasan penternakan berkaitan.  Info berkenaan syarikat seperti nombor telefon, WhatApp, FB Page dan alamat website hendaklah disertakan.

4.  Kuantiti bahan bersih.  Saya berpendapat unit yang terbaik ialah unit berat seperti gm.

4.  Maklumat berkenaan jenis madu seperti madu kelulut, madu Apis peliharaan atau madu Apis hutan (madu lebah tualang)

5.  Tarikh pengilangan atau dibotolkan

6.  Logo halal atau Mesti jika berkenaan.

7.  Maklumat nutrisi produk berkenaan.

Maklumat berkaitan

1. 5 Tip Penting Ketika Membeli Madu

Untuk maklumat lanjut

Jika anda inginkan maklumat lanjut berkaitan dengan jenis label dan anggaran kos, anda boleh menghubungi Mohamad Siddeeqh Al-Furqan (0196788912)



EmoticonEmoticon

Hak Cipta Terpelihara

Perhatian: Segala maklumat di dalam blog ini mengandungi hak cipta. Tidak dibenarkan menyalin ke dalam mana-mana medium tanpa kebenaran penulis.
Jika ada sesiapa yang terjumpa mana-mana maklumat di dalam blog ini disalin di blog lain, mohon maklumkan kepada penulis. Kerjasama anda amatlah penulis hargai.

Musa Yaacob
012-938 5630
Kota Bharu, Kelantan.