Monyet Menjadi Perosak Bagi Penternakan Kelulut dan Lebah

Monyet juga perosak bagi ternakan 
kelulut

Monyet pada masa sudah hilang ketakutan kepada manusia dan telah menjadi pest kepada kehidupan manusia.  Perosak ini telah berani mendekati kawasan-kawasan perumahan tanpa merasa takut dan sering mengacau penduduk, curi makanan dan kadangkala memasuki rumah-rumah kediaman jika berpeluang. Binatang ini juga telah memusnahkan kebun buah-buahan seperti pisang, tebu dan lain.

Walau bagaimana penghijrahan monyet ke kawasan perumahan adalah disebabkan aktiviti manusia juga telah banyak memusnahkan habitat asal mereka (hutan) untuk tujuan pembangunan.


Kerosakkan koloni akibat monyet

Seperti juga manusia, monyet amat suka dengan madu.  Monyet akan cuba membuka haif ternakan (sama ada leabh kelulut atau lebah Apis) untuk mendapatkan madu. Aktiviti ini akan menyebabkan banyak haif akan pecah dikopek mereka atau jatuh / tumbang dari tempat dimana haif tersebut diletakkan.  Serangan biasanya secara berkumpulan dan ini boleh menyebabkan kerugian kepada penternak.


Pagar elektik boleh menghalang serangan
monyet diladang ternakan kelulut

Kaedah kawalan

Kaedah kawalan agak sukar untuk dipraktikan jika ladang ternakan lebah berkenaan diletakkan dibawah pokok-pokok dan bercantum dengan hutan tempat kediaman binatang ini.  Walau bagaimanapun jika pokok-pokok teduhan tersebut berasingan dengan hutan berdekatan (yang menjadi kawasan kediaman), kawalan boleh dibuat dengan menggunakan pagar letrik.  Monyet-monyet tidak mendekati lagi kawasan apabila telah terkena kejutan letrik pagar tersebut.



Patung harimau untuk menghalau gangguan monyet 
di kawasan kebun (Gambar : Sinar Harian)

Satu laporan ada mengatakan serangan monyet dikawasan kebun telah dihindar oleh seorang petani dengan "memelihara" patung harimau.  Patung harimau (saiz sebenar) yang diletekkan dikawasan rumah seorang petani di Pokok Sena Kedah telah berjaya mengatasi gangguan monyet dikawasan kebun beliau.

Rujukan:

1. Bela harimau untuk takutkan kera

1 komen so far

Anugerah Homestay delete 7/08/16 2:15 PTG

Terima atas info berkaitan. .
Baru sedang berjinak2 membela lebah kelulut ini..

www.AnugerahHomestay.com


EmoticonEmoticon

Hak Cipta Terpelihara

Perhatian: Segala maklumat di dalam blog ini mengandungi hak cipta. Tidak dibenarkan menyalin ke dalam mana-mana medium tanpa kebenaran penulis.
Jika ada sesiapa yang terjumpa mana-mana maklumat di dalam blog ini disalin di blog lain, mohon maklumkan kepada penulis. Kerjasama anda amatlah penulis hargai.

Musa Yaacob
012-938 5630
Kota Bharu, Kelantan.